RSS

memori aku dan mereka.dua puluh lima februari dua ribu sebelas

dua puluh lima februari - pagi itu kelihatan seperti biasa. tiada perkara luar biasa yang akan berlaku. cuma aku drive kan diri aku ke tempat kerja. biasa lah hari jumaat. mesti ada perkara happy2 aku nak buat lepas kerja - jumpe girls aku. itu perkara paling indah dlm hidup. cheewah.

dua jam sebelum lunch hour - aku buat kerja seperti biasa. aku diberithau bahwa plan tengah hari ini adalah makan di luar KLCC. sebab ade hal yang perlu helda selesaikan. dan kami akan pergi ke subang taipan sebab nak selesaikan hal itu. lunch hour pon dua jam, jadi aku tak kisah nak mengikut mereka semua pergi. dan kita akan menaiki bebi lina. kalau lambat masuk lepas lunch hour pon tak kisah, sebab semua kerja aku utk minggu ini sudah selesai. menarik!

dua belas empat puluh lima - kami telah menaiki bebi. terpaksa melalui jalan ampang depan KLCC sebab shortcut depan masjid ditutup. ye la sembahyang jumaat yer. kami perlu u-turn sebab nak ke arah subang, nak naik smart tunnel. kami melalui jalan yang ade taxi dan bas berhenti utk ambil dan turunkan penumpang. dan ternyata jalan ini bukan speed road. tak mungkin. tapi segala tak mungkin itu terjadi. tiba-tiba kuat bedentum di belakang. bunyi cermin berderai. kami tersentak ke hadapan. dan ini hakikatnya. terjadi pada lunch hour jumaat. bebi di langgar dari belakang. oleh pick up lori yang suck!

lebih kurang dua puluh minit kami di tempat kejadian. uncle cina itu enggan untuk memberikan nama dan IC nya. naseb baik no telefon dia beri. aku tengok, bibir lina berdarah. OMG. wpon bukan lina yang drive, tapi dia yang terhentak lebih. aku dan citi yang di tempat belakang penumpang hanya tersentak, dan citi serta merta buang lempeng mak aku buat atas seat. (yer kami tengah happy makan lempeng dlm kereta ketika kejadian). dan aku usung lempeng tu ke hulu hilir. aku emosi bila lihat bibir lina berdarah dan citi itu mengandung. cuba memarahi apek cina itu serta merta.

disebabkan uncle tu taknak kasi IC, aku snap semua gamba. lori buruk dia. alamat syarikat dia. dan kami berlalu ke balai polis bila husband eda dan bff lina sampai. yer bff lina terpinga2 sebab kene pergi ke baalai polis sekali. itu kelaka. aku igt lg muka dia yang cm eh ah eh ah nak naik kereta. dan citi terpaksa di hantar pulang ke ofis sbb dia pregnant. tak nak heret dia sekali, tak seswai okkeyyy

so....the story goes.....dari balai polis dang wangi.. system down..ke balai polis jalan bandar.. hujan lebat.. ramai orang.....at the end baru sedar report tak produce sbb office hour dah habes.. so u could imagine, penat, tak makan lunch lagi, lapar, dari kembara now naik vios...pergi PJ jalan jem, hantar kereta kat workshop just to find out yang sebenarnye setengah hari punya urusan tu sebenarnya tak selesai? OMG. naseb baik aku ada untuk hiburkan semua orang. kan aku tau korang semua terhibur.

lima setengah petang PJ - tiba2 di PJ pulak kan. sekarang ni bebi dah selamat masuk workshop. walaupun hakikatnya mereka tak boleh nak start baiki bebi...kami harus makan dahulu. dan MCD penyelamat perut kami. baru dapat lunch. dan helda dapat juga menamatkan kesengsaraan pada diri nya. alhamdulillah.

bila perut kenyang... now need to head back to bangsar hantar helda and back to KLCC sebab tadi tinggalkan ofis hanging mcm tu sahaja. thank god aku nye boss sgt sporting dan paham. jam kau tayah cakap. kteorg stuck in smart tunnel for one hour. dengan intermittent signal of maxis and celcom. memang tension. bila pandang belakang, takda kereta folo kami kat blakang dalam samrt tunnel ni lg nervous. ape jadi kalau tiba2 banjir datang menderu2? woi gila ni dah macam US movie! and again, kami dengan lawak2 bodoh kami cuba menghiburkan diri sendiri. aih gila jugak.

lapan setengah malam - masih dalam tunnel. dan kini yes miscommunication! between , aku, lina, shikin and tisha. and end up tisha is the earliest one sampai di nailis. ha ha ha. sungguh abnormal tisha punctual. ok joking saja noona.

lepas melalui kesengsaraan dalam tunnel, kaki aku hamper cramped simpan je dlm hati betapa sakitnye kaki, aku pon drop bff lina depan klcc, lina naik ofis amik masyaALLAH melambak documents kene sign. aku plak? tgl je pc terbukak, tak off, tak buat out of office..dengan selamba. ha ha ha. malas nak pikir.

bila setel hal semua di KLCC, aku dan lina berdesup ke Nailis Ampang. and found out tisha already upstairs. and shikin pon datang kemudian. kami berjaya beri shikin surprise belated birthday clebration (aku mimpikan beli kek bentuk love itu and party pack tapi aku x cukup masa nak buat semua tu)..tisha yang membantu merealisasikan surprise party tu..terima kasih noona...aku plan semua nak beli lepas office hour, tapi............ malang tak berbau.....tapi takpe, all went well.. shikin surprised. and tisha got her farewell gift from me and lina. so....

MORAL OF STORY : HIDUP KENA HAPPY2 JER, HADAPI SEMUANYA DENGAN SABAR AND TABAH (YER AKU TAHU AKU MENCARUT LIKE HELL THE WHOLE EVENT..insap sekarang)...


lori apek bodoh yang langga. sila igt num plate nie.#blacklist. kemek pon sikit je.

i guess ini lori syarikat. sebab tu apek tu dolak dalik nak g report polis. and dia boleh g mkn dulu bila aku suh report polis? demmit. "TAKDE APE2 PALE HOTAK KO APEK"


betapa teruk nya bebi. sian bebi. :(

hujan lebat tiba2. perlu lakukan sesuatu pada bebi. sorry kalau hodoh hasil kerja tgn aku mmg tak pernah perfect. hehe.

yet kteorg still managed to celebrate shikin's birthday. lupakan kejap kesusahan hati. tapi aku tahu lina still speechless tentang ape yang jadi di siang hari. saba k syg.

purple hippo tu sepatutnya di beri pada hari keberangkatan tisha ke UK. sebagai surprise. but looks like everything went hare wire. and kami terpaksa beri awal. still we hope u like it so much!

the lovers. yeap, we did farewell her earlier. ;(

and finally, babai tisha, will and already missing you.