RSS

ibarat pari-pari punyai sayap


kan best kalau aku ibarat pari-pari?aku boleh ke sana ke mari dengan girangnya.tak payah nak berangan tak sudah.dan konfem aku pari-pari yang paling chamtek,alalala kiut sangat!

baru je aku browse kat internet nie, hari-hari kot browse,cume inihari sebab telepati aku dengan lina-lang sangat lah kuat jadi tiba-tiba angan2 kami sama je hari ni, which is OMG JOM PERGI US!

sebab ape?sebab aku dah 5 hari setengah asik tengok webite shopping online nie, dan dah tertaksub untuk beli satu lappy sleeve,color pink lagi ok!yeay!!and dah di shipping kan, tapi ke malaysia la kan of course, so bulan 9 baru aku boleh pakai. hurmm,sadis betol.

berangan punya berangan, aku pun terdetik nak check price ticket.cets gediks! 2400usd, 27 jam wooowwiiiiwjunior juiceee! macam dari mesia jugak..transit paling minimum 3 kali, dan paling max aku jupe 4 kali..mau kebas buntut aku...

kalau lah kan, ikut hati gila aku ini, mau je aku book besok dengan travel agent aku pergi tulsa dan melepak dengan shikin,seronok gila petu bawak beg kosong balik ke khartoum boleh bukak kedai coach dan LV.pergh!!tangkap cintan aku nak shopping kat US.

tapi..kau jangan lupa...bak kata dia nie...

"i tak kisah nak kasi u cuti, setahun u nak cuti pon boleh je"

so,paham paham je la kan yang kau tu sebenarnya kene perli. ok ??? huwaaaaaaaa...
berkecai terus impian ke US, dan kembali ke bumi yang nyata di Khartoum....putus sayap sang pari-pari.....

mereka keciwa sebab aku tak pakai national dress

hari jumaat lebih kurang sesak juga jadual nya.aku ada dua temujanji yang perlu ditepati.dan yang paling penting tak payah la masak dan makan sendiri kan????hooray!!!! jadi permulaan nya aku habiskan pagi aku dengan bersenam (ye aku dah mula beraerobic sungguh ajaib kan?tisha sila buat kenduri skang!!!)

dan kemudian mula bersiap-siap.dan bermekap!oh my, sepanjang aku keje kat sini memang aku tak mekap2, sebab satu malas, dua malas, tiga pun malas jugak. sebab tiga kali aku malas, jadi memang betol2 aku malas la kan? jadinya disebabkan aku rajin kali ni, jadi aku bermekap lah dengan mekap dibeli bersungguh2 dan mahal itu dan secara rasminya aku menggunakan nya.wah terasa sangat flawless.hilang sume kesan-kesan degil di muka.jadi gunakanlah mekap cap X untuk muka lebih cantik dan menawan!

makan-makan kat rumah senior aku mmg bes, sebab aku jupe officemates aku yang suke bahankan aku, menyakat sana sini, sebab drang mmg kelaka.walaupun ada tahap bapak aku, tapi drang tetap kelaka. dapat jugak main dengan baby kak min yang sangat la comel sebab mata dia buntang, jadi aku amatlah jeles!!!ahh rasa nak korek dan letak kat mata aku je.

lepas tu, sekretari aku dah calling2.dont be late dia kata, dia tak tau aku dah tunggu setengah jam ,janji kol 3 kol 345 baru dia sampai.takpelah janji sudan lebey TEPAT dari janji melayu,janji dia sampai.dalam kete aku agak nebes jugak makcik nie drive.aku rasa macam dia tak nampak jalan je, pakai harung asalkan boleh.mengucap aku bape banyak kali.seb baik aku nie pandai kontrol jiwa, jadi aku tampak tenang dan rileks je.dalam hati kau toksah lah kecoh kan.

kat rumah amar, dah ramai dah orang. jupe la sume officemates Sudan aku, excited derang nampak aku.sampai siap ada sound,take off your glasses.siot aku telupe pakai shades.hamik kau kene sound lalu. tapi i kool je, buat muke comel cabut shades kemudian buat bodoh.

masuk rumah dah dengar dah kompolan2 menyanyi2 nie,menari2,derang memang suka menari nari time wedding.tradisi la katakan.tapi aku pergi kenduri sebelum akad.so basically agak traditional. nak tahu ape juadah dihidangkan?TADAAAA~ seb bek aku dah pekene gulai kawah kak ros tadi~


dan kemudian mula lah berborak-borak dengan mereka, isu-isu semasa, berkenalan dengan family amar, tapi aku tak sempat bergamba dgn amar dan wife nya.pasal derang sume sebok nak ke masjid lepas tu untuk majlis akad. tapi adik amar hensem gilaaaa oke!!!arghh agak gatal jugak aku mintak sekretari aku amikkan gamba aku dengan adiknya tapi last2 dia kata tak boleh unless amar pon amik gamba sekali,eles jeles ar tuuuu!!






nie syahda...data management punya budak tengah preggy,dah itu adalah thob, untuk wanita yang dah berkahwin je okey...ala-ala sari gitu..

bebudak nie excited gila amik gamba dengan aku, foreigner la katakan..hehe..terasa glamer i~




dari kanan, aisha.itulah completion engineer yang aku baik,salu gaduh dengan dia.argue sikit2 je tak heran pon kan aisha. dan sebelah aisha berpakai thob biru gelap adalah makcik cun!serius, lawa gila tapi asaltah dalam gamba nie nampak bese je.ni dari tribe yang lain nie itu pasal dia puteh sikit.

baru aku tahu khemah itu berasal dari perkataan al-khimah..sume orang dah pack2 dah khemah, pasal akad kat masjid sebelah ofis aku, dan aku tak pergi.

kalau kau nak tahu, wedding kat sudan ada dua kali, part traditional dan modern. traditional mcm nie lah, makan-makan, nyanyi2 dan madi'h sebutan idgham bighunnah musyadad tak tau pergi bukak kamus tajwid kau ..basically madi'h is a group of singing praising our prophet..

tapi tang modern, fuhh Hollywood babe wa cakap sama lu.kalah kau erra fazira.memang meletop!kalau sapa tak reti slow dance tu alamatnye tak kawen laaaaa!!! melelehhhhhhhhhh~~~~

aku nie pemalu lagi perahsia..

aku manusia normal.aku juga perahsia.jadi bila aku masak sesuatu,aku jarang sekali kongsi resipi dengan orang.sebab, aku rasa hidup aku confidential bak kata omputih,jadi aku tak rasa itu adalah perlu untuk aku kongsi*padahal cuak nanti orang try resipi aku tak sedap pula..hehe padahal sebenarnya korang yang tak pandai masak,bukan salah resipi aku*

jadi untuk dipendekkan cerita,tadi aku asyik plan2 nak masak makan petang.jaga body,kene makan petang2,tak boleh dah gelap gelita baru sebok nak makan petu lagi 3minit nak kene masuk tido dah,memang konfem gemok gedempol besok arinya.*over*

tengah plan2,tisha nie sebok2 pm aku kt gtalk.nak sangat tahu ape aku nak masak.

"aku nak masak mee goreng mamak wei"

"ye ker?macam mana resipi?ritu aku masak,tapi guna perencah je"

aku pun dgn nada tak rela share la skek2 resipi dengan harapan lepas tu "kau hentam je lah sendiri tisha"

tapi minah ni tak puas hati gak.

"ada letak kicap tak?""bla bla bla"
*padahal masa ni aku dah berlalu ke dapur goreng mee kaw punye berpeluh2 ketiak..tu makin sedap sangat kot haha*

so tisha,aku tulis nie special untuk kau.sape yang bukan nama tisha jgn sebok nak salin2 pulak.pergi tuka nama kau kepada tisha dulu baru bole salin.aku nampak tuu dah sebokk cari pen dengan kertas...haa haa kan kantoiii...

bahan-bahan:

1. bawang (kau tau je la kan bawang ape) dan lada kering,kau kisar halus.aku tak suka kisar kasar2 nie.make sure kau buang segala biji-bijian dalam lada tu.tak sedap orang johor kata. tapi tadi aku malas nak rendam lada kering,aku guna serbuk je.so suke hati kau la kan.masuk skali kiub pati ayam untuk dikisar.

2.potong dadu dada-dada ayam.petu basuh la.kang cirit pulak kau.

3.hiris cili api.ikut kesedapan kau.aku guna 3 batang je wei.pasal cili sini podeh jugak jang.

4.potong heksagon sebatang hotdog.*macam lucah pulak*make sure heksagon wei.tak tau bape bucu tu pergi repeat smula kelas calculus kau!

5.goreng dulu hotdog heksagon kau.at same time, panaskan minyak guna periuk lagi satu.

6.minyak panas,kau tumis la bahan kisaran kau tadi.

7.dah nampak kaler cantik,macam dah masak kau punye cili kering tu,campak pulak dada ayam berdadu itu.tunggu sekejap sampai ayam masak.api perlahan je la wei kang hanguih pulak cili kau.

8.kaler dah cantik,campak la pulak telur.aku maleh nak goreng telur separate,aku goreng dengan rencahan awal tadi je.

9.sume dah setel, dah kering skek, masuk kan lah mee yang telah dicelur.oh ye.patutnya kau celur dulu mee tadi awal2 sebelum masak,haa kan dah gelabah sekarang.tutup2 api,p celur mee dulu ok.(aku pakai maggi je weiii)...

10.ok,skang kasi sume bahan rata, campak2 hotdog goreng heksagon, cili api hiris, garam secukup darah tinggi kau, serbuk lada hitam berperisa, gaul sume sampai sebati.

11.dah nampak kering, dan dah melekat lekat skek kat kuali kau,konfem dah masak ranum tu. oh ye,kalau kau nak sedap sikit tisha, kau buh kicap skek pon bole...sikit je la,jangan banyak2 kang jadi mee kicap.

sila makan dengan muke lazat sekali.dan dengan lahapnya.muke aku terlalu lahap jadi tak sempat dirakamkan.



oh ye,ini tambahan lauk aku. haha. sedap gila *padahal fries je*

si dia

kecik-kecik dulu aku paling rapat dengan abah aku.tido,makan semua dengan abah.abah suka bawak kteorg jalan-jalan time 6 orang muat satu kereta.and time tu jugaklah aku jadi co-pilot abah,mane tak nya mak aku pantang 6 saat atas kerusi dah ternganga.tak sempat panas punggung.hehs.aku la jadi peneman abah ketika drive malam,tukang penglipur lara dia.habes sume cerita aku cite dgn dia. dari A sampai Z kadang-kadang patah balik ke M.itulah rutin aku bila dalam kereta.

tapi tu semua masa umur aku around 8 thn dan ke bawah.lepas aku besar skek, aku dah malu dgn abah.ye la, dah nak jadi anak dara,cheewah anak dara la sangat.tp time nie aku sedikit tomboi actually.dan sangat kasar.so aku selalu marah abah kalau abah nak mesra-mesra dengan aku,peluk-peluk ke.sebab aku rasa rimas dan geli.aku selalu tengking abah.tapi abah sedikit pun tak pernah benci aku,tapi abah mulai jadi garang.yer kot ego lelaki.aku pun ape lagi, orang naik garang dengan aku,aku pun jadi la hantu.copps bukan pontianak okey.hantu raya je. ;p

darjah 6,abah masih lagi guru besar kat sekolah aku.aku selalu lepak kat bilik abah sambil main internet.dan aku selalu jugak kantoi sebab main internet.sebok je penolong kanan ni,leks ar abah aku guru besar kot.malam-malam abah aku rajin nak pergi ronda sekolah.aku kan tomboi,selalu berjiwa besar nak teman abah ronda-ronda sekolah, end up one day abah tinggalkan aku kat blok M, berlari pecut aku cari abah..mane tak nya gelap kot,dan selumbe abah aku hisap rokok kat bawah pokok.terpaksa aku kontrol macho semula.

bila aku masuk asrama, aku selalu rasa abah tak suke nak amik aku dari sekolah. "berdikari la sikit" "ala, belum makan batu dan pasir pun,bukan nya susah naik bas" huh. aku benci gila time tu.ye la kene hangkut beg berat sampai aku pernah jatuh longkang.malu gila.dah la time nie aku ade secret admire.okey aku tanak reveal nama dia.gediks kan?skek baik SA aku taknampak aku jatuh longkang.haha.kaver baik punye dengan beg yang lagi besar dari aku.aku benci gila abah time ni,selalu tipon mak dan kutuk-kutuk abah.

time raya aku selalu cium tangan abah tapi aku tak pernah mintak maap dengan dia.aku tak pernah menitiskan air mata menyesali salah aku pada dia.aku tau aku banyak dosa kat abah.tapi satu hari, dan hari bersejarah itu jugaklah, aku menagis depan abah.sedih sebak.tapi aku terima ketentuan Tuhan dan akhirnya semua masalah dihadapi dengan tenang.

hari ini, aku rasa aku berjaya sebab abah.abah banyak ajar aku tentang hidup susah dan buat aku bukan hidup untuk duit semata-mata walaupun abah kedekut.tapi aku tahu kadang-kadang kedekut dia ada makna.jadi...abah, SELAMAT HARI BAPA!!! ana bangga jadi anak abah!!!walaupun abah jawa!! hehs.dan semua orang pun sayang bapa mereka, percayalah! nanti balik kita pergi shopping lagi okey!!!

p/s:ala masa aku tulis entri ni masih lagi 21 june...tipu ar setting blog neh

cerita petang jumaat

7:13 pm waktu tempatan.

aku duduk dalam bilik, atas katil sambil melayari internet sementara tunggu azan maghrib berkumandang. tiba-tiba, ahh apa salahnya aku hupdet sket blog. aku pun kelik "new post". aku pun setat gear, menaip dengan pantas sekali, sampai hongap ahh.

malam ini macam ada sesuatu kat rumah aku. aku pun tak tahu tiba-tiba aja ade. patut la vacuum berderu-deru meniup segala habuk di lantai. periuk belanga abes semua di keluarkan. blender diputar laju untuk mengisar segala bahan-bahan. "ade party kot" getus hati kecil aku.

sekali mmg betol. ade party. aku pun usya-usya la kat luar bilik. bau sedap tak terkata wei. tengok dapor line clear. cari-cari batang hidung orang, okey konfem dah terperuk balik dalam bilik. usya skek. bosar betol periuk nasi ni, mak aihh nasi beriyani dowhh!!! terkeliur sepam!! cek-cek lagi, uii ade sotong sambal, ayam kari..perghhhh sedap gila kalau dapat santap sental skang! konfem menjilat bulu dada. kari bulu dada lintang punya!

okey. aku pun rileks tenang je. kontrol jiwa tanak ah tunjuk aku kempunan nak mati makan nasi beriyani. masuk semula bilik. layan tido sepam sementara tunggu "thurap" kat luar nie reda, aku nak pergi Ozone, beli cokelat kek sepam dua. masyuk!!

orikonozmizakiyamasakikawasakihayumi..ohh aku dah kene bangun ini. PERHATIAN!TU BUNYI ALARM AKU OKEY. bukan aku mencarut. bangun siap-siap, ye la kan aku nak pergi tapao kek cokelat tadi. kuar-kuar ada lagi orang sebok dok siap-siap hidangan.

aku orang melayu sejati.(campur jawa sikit, tengok nama la babe). mak aku ajar, jangan kurang ajar dengan orang, buat baik dengan sume orang. aku ingat pesanan mak aku tu, berkali-kali dia pesan sebelum aku ke oberci ni. takut sangat aku melanggar tata susila orang melayu nie. ok mak. aku aplikasi pesanan mak tu.

"malam ini kawan-kawan i nak datang, ada makan-makan sikit"

"oh ye ke? okey okey no problem. ada apa-apa nak tolong ke?"

"takde"

oke ringkas sungguh jawapan nya. aku pun yang dah siap slumbe duduk depan tv, sambil lepak-lepak usya cuaca kat luar, tengok2 ke bawah drebar dah sampai belum. okey dah pokol 4 ptg nie. kene turun nak pekene kek.

"nak pesan ape-ape tak? saya nak keluar ni. barang sume cukup untuk malam ni?"

"cukup"

okey aku chow,sejam lama aku meronda-ronda kat town.thurap dah kurang skek, layan borak dengan pakcik drebar.belajar arab skek, tamam. sampai rumah,hongap lagi.barang berat. sume aku take away, takkan pulak nak lepak makan sorang2.tanak ah.ilang ayu aku mcm tu.

"dah siap ke semua? meh saya tolong"

"takde ape-ape"

aku pasrah. tak bersungguh sangat kot muke aku ni nak menolong. takpun aku nampak macam anak dara tak reti buat keje. tapi yang aku dok berpikir dari tadi,ape aku perlu buat malam ni?

memunculkan diri di kalangan kawan-kawannya atau memerapkan diri dalam bilik? cara cakap tadi macam tak jemput jeee..kang aku tak keluar bilik orang ingat yang dodok dalam bilik ni adalah kera yang bernama sumbang...musykila musykila...

aku S.T.R.E.S.S


What can we do if we ever facing this problem? I bet everyone of us will be in this kind of situation almost, everyday, to zoom in as 24 hours per day, 60 minutes per hour and 60 seconds per minutes! The blood then will be filled with STRESS cells over riding the red and white cells (o-ver pulakkkk).
Anyway, in cheering the rest of your day without these stress symptoms, why don’t we focus in the word stress itself? Come to think about it, it is not a bad word at all! It is actually bringing some kind of solution for us when this phenomenon occurs.
And what is it??

S - Sleep
T - to
R - Remove
E - Extreme
S - Self
S - Sadness
Copyright dina.ltd.
So, lets try it now! And sleep as much as you can when you are in the title of STRESS!! If it is not working with you, maybe you need other methods to be stress-free… at least it works out for me!!! (plus a little bit cry-cry situation =p)

Anyway, there are few people choose to sleep in different style of sleeping...



Okey ini gaya selepas stress dari examination. Ataupun stress ketika mengulangkaji pelajaran. Dengan harapan tidor di atas buku dapat meng-absorb segala ilmu yang perlu dipelajari. Kanak-kanak lima setengah tahun ke bawah, JANGAN TERPEDAYA! BUKAN NYA ULAT BUKU NI, SAJA NAK CARI JALAN MUDAH UNTUK HABISKAN ULANGKAJI PELAJARAN. ISH ISH. APA-APA PUN AKU HARAP DIA STRESS-FREE SELEPAS BANGUN DARI TIDUR!!


Ini gaya baru bangun tidur dan tengah mamai sambil berfikir untuk ke ofis atau kuliah ke tidak. Mungkin dengan cara tidur begini dia dapat menyelesaikan masalah stress dia. Mungkin. Comel gila awek nie mamai!

Konfem tak stress-free langsung! Kepada bakal pengantin, sila uji tahap kedengkuran pasangan anda, kalau tidak stress seumur hidup!~~



Ish yang ini kekenyangan setelah makan nasi lemak pada waktu pagi di ofis, tak menyempat asalkan boleh je tidur di mana-mana. Untuk mengurangkan kekenyangan dan melupakan stress sekejap (ehh stress ke?) Nama gaya tidur ini adalah “stray cats sleep” (p/s: I love you lina =p)



malapetaka menimpa

&^$%$#%$#%$#$%#%$!!!!

sedih sangat.sedih sampai tak terkata. menitis air mata aku.
punah semua harapan. semua angan-angan berkecai berderai..
letak la gam gajah ke gam harimau ke takkan dapat dicantum balik angan-angan yang dah bersepai.
aku bingung. aku tak tahu nak buat apa.
SEDIH GILA WTF BARU NAK SHOPPING MACAM ORANG GILA BELI BAJU BARU SATU HAND LUGGAGE MACAM LINA TAPI TAK ENTITLE CUTI RUPANYA!!! URGH!! AKU BENCI!! AKU BENCI!!

babai london, i see you in my dreams ahh i dont want to see you enimore(emo sangat ini drama quin betol)...


jadi apa yang aku perlu buat kepada hadiah untuk tisha ini?


nampak gaya aku aja lah yang makan kau ye wahai honey pistachio turkish delight. sedap gila woooo!!!nanti aku bawa balik time raya ya tisha serpihan-serpihan habuk nya. tapi percayalah aku mmg beli ini khas untuk kau. kau tengok tu banyak lagi kan? aku memang tak makan satu pon sebab ingat nak makan sama-sama kat london. ***** :((((((((((

MERDEKA!!!!!!!



Aku puasa.
Hari ini hari terakhir aku ganti puasa.
Selepas esok, aku sudah merdeka!
Hooray!!
Tidak kisah la aku lambat ganti ke ape kan, yang penting aku ingat nak ganti puasa.
Tapi aku sangat lembik arini. Minda tidak cerdas langsung selepas 2 petang. Tadi sudah tidur di surau selama setengah jam kunun-kunun nak hilangkan penat, tapi aduyaiii makin penat jadi nya.

So buka hari ini nak makan ape eh?
Sedapnya kalau ada ikan siakap tiga rasa.
Ditambah lagi sepinggan khailan ikan masin.
Bang, telur dadar satuuu!!!!!
Sirap limau ……
TOMYAM CAMPUR UTK DUA ORANG!! (tamak gilaaaa)


Sedap nya….lagi sedap di Man Tomyam di Kampung Pasir, Sikamat. LAzat lazat lazat!!

Ish, tidak batal puasa kan kalau mengelamun macam ini?

menjawab tag Ada

1. bekas kekasih saya adalah...
tiada bekas..bekas tupperware banyak la..NEXT

2. saya sedang mendengar...
lagu dari blog Ada yang tersangkut-sangkut sebab internet connection lembab sambil bercampur aduk dengan lagu winamp saya..

3. mungkin saya patut...
goreng telur , goreng hotdog dan makan sebab baru touch down dari field site..

4. saya suka...
dengar lagu HADAPI DENGAN SENYUMAN bila saya susah hati...

5. sahabat- sahabat saya...
dipanggil supadupa.betol.semua diregister begitu di dalam IC masing-masing.

6. saya tak faham...
kenapa tangan kasar sangat macam kalau pegang tangan orang lain boleh berdarah

7. saya kehilangan...
idea hendak tulis tag..

8. ramai yang berkata...
saya ini adalah mix cina..haha jadi saya pun layankan aje lebih lebih lagi saya bole bertutur sikit2 dalam mandarin!tahniah cekgu sebab berjaya mendidik ku!

9. cinta itu adalah...
ais krim!

10. disuatu tempat, seseorang sedang...
berak?

11. saya akan cuba...
makan nasi selepas ini sebab saya sangat lapa jadi tidak perlu mencuba...NEXT

12. telefon bimbit saya...
adalah cinta hati saya...

13. ayat selamanya membawa maksud...
ala tidak paham yang ini?maksudnya apa?abadi?cis ayat je kot...

14. bila saya terjaga...
saya cari emak saya...emak saya takde kat sini jadi dah 6 bulan saya cari emak pagi-pagi tapi saya tetap tak jumpe..

15. saya paling meluat...
ish tak baik lah meluat-luat nie keluar ulat kang nanti..ayokk tak tau!

16. pesta / parti adalah...
masa untuk ber-lesbian~

17. haiwan yang paling comel pernah saya temui...
semut.

18. peringkat umur yang paling menyeronokkan..
27 tahun.kot.=p

19. hari ini...
sangat penat sebab baru balik dari field dan bebas dari gerombolan manusia yang tidak hepp.

20. malam ini saya akan...
tido dengan nyenyak nya supaya boleh bekerja besok dengan berjaya sekali~

21. esok pula saya akan...
berdoa supaya tahun ini berlalu dengan pantas.

22. saya betul- betul inginkan...
TAG INI ABIS DIJAWAB DENGAN SEGERA.ADA KENAPA BYK SGT SOKLAN NI?ISHH ISHHH

23. ketika anda lihat wajah anda dihadapan cermin pagi ini...
"mirror mirror on the wall, im the prettiest among all!!"..haha

24. pusat membeli belah @ arked permainan...
dua-dua semak tapi saya suka shopping!

25. makanan barat @ jepun...
tolak kayu dan batu.

26. bilik terang @ gelap...
yang penting kene ade aircond yang berfungsi ok.

27. makanan segera adalah...
emergency!

28. ayat terakhir yg anda telah katakan pada sesorang...
oh go away, i hate u.

29. siapa yang ingin anda tag...
AHHH TAG LA DIRI SENDIRI OK YAY DAH HABES JAWAB SOKLAN FUHHHHH BOLEH MAKAN SEKARANG!!!

i am just a year older!

the door was closed. it was so dark inside with no lights or single sound from a human.

"Surprise!!!"

25 candles on one big chocolate-moist cake.YUMMY!!!

"happy birthday *y*. -love, mr D"







gedebush. ala mimpi je ke? potong betol la...


HAPPY BIRTHDAY MOTHER!
I LOVE YOU MUAH MUAH MUAH!!!

telaga oo telaga

ye di malaysia semua telaga minyak nya adalah di laut, tapi di sudan semuanya di darat ye lah sudan mana ada laut untuk dikorek.jadi mereka pun koreklah tanah tiba-tiba jumpa pula minyak dan gas yang sangat berbaloi untuk di bangunkan.jadi aku pun datang lah ke selatan sudan ini untuk menimba pengalaman dan melengkapkan KPI aku.

mujur jugak PDOC atau syarikat yang aku sedang bekerja ini melebarkan sayap perniagaan minyak nya jauh dari kawasan darfur. Ye petronas ada juga melaburkan sahamnya di salah satu syarikat E&P iaitu GNPOC yang kawasan minyak nya di sepadan darfur jadi mereka selalu menghadapi masalah keganasan dan kebusukan orang tempatan yang kunun-kunun ganas-ganas belaka.

permulaan aku ke OBC (operation base camp) Palogue ini bermula dengan menaiki kapal terbang selama 55 minit eh serupa jet persendirian tau.betol aku tidak tipu.siap ade pramugara tidak sehandsome anak baba tetapi janji rocks so aku tenang je.

sampai-sampai di OBC kami ditempatkan di bilik VVIP oke bukan satu V tapi dua V menjadikan nya sangat hebat.,ye lah, kami tidak perlu turun ke dining hall semua nya akan di hantar ke batang hidung tinggal tunggu tangan suap ke mulut sendiri je.

malam pertama sudah bekerja terlalu keras sampai lah ke hari ketiga di mana malam itu aku dan teman aku terus pengsan, tidur tidak sedarkan diri.haha.orang pejabat datang ke operasi mana tidak pengsan kan.lagi-lagi lah operasi yang wajib disaksikan semuanya pada waktu pagi.sabar je lah.

cuma, cuaca di selatan sudan ini lebih menguatkan ingatan aku kepada malaysia. ye lah, ada pokok-pokok boleh hidup di sekitar, sedikit hujan, dan angin sepoi-spoi bahasa. jauh berbeza dari utara sudan yang lebih kepada kepanasan azali. lega betol rasanya. walaupun aku dikelilingi manusia sudan yang amat keras kepala, dan sukar untuk mendengar, dan aku sepatah haram tidak memahami bahasa arab tetapi aku suka sangat cuaca yang enak begini rasa nak dodok setahun sampai abes tempoh aku di sudan haha joking aja.

tapi di sini aku banyak mengalami tekanan perasaan, cume berbekalkan kesabaran sahaja membuatkan aku terus tenang dan tabah. wahaha.


inilah bilik VVIP aku kat laut mana ade bilik macam ini okey aku rasa bilik ini untuk presiden PDOC je yang dodok.haha.kan untung jadi dua gadis unggul di kawasan lelaki ini.semuanya jadi istimewa.

pemandangan sepanjang perjalanan dari OBC ke rig site.menarik kan?

okey pengangkutan yang sangat penting di sini. perjalanan hari-hari dari OBC ke rig mengambil masa dari 20mins-sejam sengah bergantung pada lokasi dan struktur jalan.

inilah kawasan operasi atau dinamakan rig site atau onshore. lihat awan kebiruan sungguh cantik!!

kawasan becak setelah hujan pada malam itu menyebabkan kami terpaksa tidur di rig site kerana tanah lembik menyukarkan perjalanan dan merbahaya dan OMG kami tidak bawa raining boots!

ini aku amacam smart tak?cuba menjadi client yang ganas ni.

senapang panjang untuk menebuk lubang di dalam muka bumi. yes! kami dapat peluang untuk masukkan peluru nya. kool!

taklimat keselamatan untuk operasi tekanan tinggi


gadis-gadis unggul dan krew di lokasi

okey!kerja menebuk lubang sudah habis! masa untuk pulang dan berehat!!!


hari ini dah hari kelima aku di telaga darat ini. nantikan kepulangan aku wahai khartoum!!

p/s: penat sungguh untuk alih bahasa ini kan. jadi sayangi lah bahasa kebangsaan kita!!

anak baba yang baik hati

I need to do my IPC. I need to get it done like NOW. Darn.
And tomorrow is my only day to sit down with my boss before im going to the field (at last). And I guess I will be celebrating my birthday at the field. I normally don’t celeb8 it too much only cake and eat with the whole family, but this year will be different. I don’t have family here to do that. Hmmph. Am I sad enough?Eh ini dah deviating dan dari ape aku nak cerita.

And now I am waiting for my Petrophysics to plot the damn log. And its so annoying because I am waiting like from 900 am. See, they don’t even understand the word urgent. The boss keeps pushing me. And the others do not give too much commitment. Hmmph again. Deviate lagi. Saba eh dgn aku.

The trip to Istanbul . I have not yet share the stories right? It will be a long story if I want to tell all, so lets just keep it short,simple and laughable. Hehe.

We arrived pretty early in the morning. I touched down at Antaturk Airport around 630am, while Aza arrived 15mins earlier than me. We bumped into each other during the queue for passport control. Well it always been a long queue, and I waited like half an hour to get through it.

And the first thing that we should look was our bags right. Ok, from Ashgabat, the bags were in lane 8 (am I correct aza??) and Khartoum were in lane 10. Ok enuff, it was so far from our stand point. I ran happily to fetch my bag, suddenly…HMMMMMPHHH…WHERE THE HELL IS MY BAG? Ok rileks cool chill. It should be somewhere in the lane. So I go around 3 times, but still I failed to find my bag. OMG!!!

Aza, beg aku takde. Mcm mane ni? Ok jum kite q Tanya kat baggage counter nie.
Apa kata kau q kan utk aku, aku g cari lagi sekali.


And stupid bloody hell, somebody just put my bag in the lane 6 or 7 something like that. Thank GOD, at last I found my bag. I did follow my instinct to check with the other lanes, yeah my instinct really worked well!!! THERE I FOUND MY BAG. FINISHED TRAGEDY ONE. Sila ikut naluri kecil hati anda bila kehilangan sesuatu.

Ok.jom kite pergi cari nama kita.

Yeah, it supposed to turn out that someone should be waiting for us from the secondhome.hostel at the arrival hall.

Aza, nie dah pusing byk kali dah.mane de name kita!! Ala bodoh %#$@&#$@*& betol la!!!ok takpe, jom cari wifi, kite cek balik emel aritu…


AND BODO TURKISH GUYS FOR WHOM MISUNDERSTOOD US AND CAN’T BARELY SPEAK ENGLISH. ADE KE DIA KATA TAKDE NAMA KAMI DLM BOOKING? UUU AKU NAK MARA DAH NI!!!

Problem solved when we just took the shuttle van (oke ini mmg first class, kami naik Volkswagen ok siap ade sun roof lagi tinggal nak bukak dan batak sendiri je sambil show off selendang)…this costs us like 60 lira for 2 person..(tolong darab 2.26 untuk dalam MYR). &&**())&^^%$$%$%%^^ enough!!

And arriving in the hostel, they apologized to us when they said that their friend misunderstood us, and there WAS a booking on my name. Thank GOD!!!

The day when we went to the Istikhlal street was so meaningful. WHY? Because we got to bargain a lot, we bought lotsa things as souveniers and also to satisfy our needs, we met a handsome guy (awww handsome gila anak baba nie),..and we faced with RIOTS!!!
Kau bayangkan, kelua2 shopping market, tengok ramai gila orang cakap bahasa turki sepatah haram kau tak paham, lepas tu polis kepong kawasan tu macam mana kau nak keluar wei? Polis dah la siap pakai mask utk gas pemedih mata mane tak cuak mak oiiii….LAST LAST ANAK BABA YANG HANDSOME ITU TOLONG KAMI KELUAR DR KAWASAN RIOT DAN BAWAKKAN BARANG!!! Weii cair gila ..aa suke suke suke…haha pardon aku gediks kejap…

And there we stayed for 3 days and 2 nights for no more terrifying situation. And luckily we handled it well for being cool, rileks kan aza kan? Hak hak…

Being back to Khartoum, I need to bare the tiredness and sleepiness since I landed at 130 am, and arrived in my room at 230 am and need to wake up at 700 am for work!! Ala kau bayangkan je la muke aku yang toye masuk office malas nak layan sume orang last2 dapat tahu mmg konfem kene pergi field khamis ini dan kene siapkan sume kerja dengan pantas! OMG!!!


TAPI ISTANBUL MMG BEST! TEMPAT CANTIK! TAPI SUME LELAKI TURKI GATAL MIANG DESPRADE NAK MATI.MENGADA2 TAHI KUDE BETOL.
TAPI ANAK BABA TAK GATAL, BAIK SGT, DAH LAH KASI DISKAUN HEBAT!! SUKE NYE ANAK BABA. HIHI, TAK BOLEH TUNJUK GAMBAR NANTI KORANG GATAL SUKE MACAM AKU (PADAHAL TAK SEMPAT AMBIK GAMBA BERSAMA PON, HAMPA)

laut marmara dan laut hitam.


aku ngantuk.kerja banyak.badan penat.kepala pusing.tapi sekarang lunch hour.
banyak kan mengeluh?
jadi, jom tgk gamba!!!!
aku , aza dan Istanbul!!

Enjoy!!!
















ok aku nak komen yang satu ni je, hotel nie kau tahu brapa semalam? almost half a million ok!! that one is in USD bukan RM! pergh gayat gayat!!!







ok ini aku mcm ustazah. alhamdullilah.