aku selamat melahirkan anak. anak lelaki. permata sulongku. seperti tak disangka aku sudah bergelar ibu. tanggungjawab yg amat berat itu pasti. aku siap sedia untuk pikul tanggungjawab ini. aku ambil tiga bulan cuti tanpa gaji. hanya untuk membesarkan anakku.
ariq muhammad anak yg baik. ketika baru lahir dan di hari pantang dia jarang menangis. hanya bila dibabap baru keluar suara kejantanannye. ariq suka tidur. dan kerana itu aku lalai. tidak tahu bahawa ariq perlu dikejutkan untuk minum susu. aku ingat dia masih kenyang. dan kerana ketidaktahuan aku itu pertama kali ariq dimasukkan ke hospital kerana demam kuning.
bacaan yg sangat tinggi. dia sepatutnya tidak perlu melalui keadaan itu. salah aku. salah kerana tidak mengejutkan dia. setiap dua jam dia perlu disusukan. dan bayi kuning memang suka tidur. nah salah aku lagi.
di hospital tah berapa banyak kali darah ariq diambil dan diuji. dan aku hanya mampu menitiskan air mata. bergelen2. pantang pon dah tak kesah.sampaikan mak bidan cakap aku hampir bentan.
maafkan mummy.
tanda2 jaundice:
suka tidur, bila menangis keluarkan suara yg sangat nyaring, kuning start dr badan ke kepala , kencing berwarna kuning, mata putih juga berwarna kuning
apa perlu dibuat:
kerapkan penyusuan, klo kasi 2oz susu setiap 2jam kene kejut utk minum susu, bawak ke klinik untuk pengesahan, kalau perlu admit sila ke hospital, jgn jemur bawah matahari pagi or beri minum susu kambing, ibu jangan makan jamu ataupun mknan yg memanaskan badan.
aku harap aku tidak lalai lagi.