RSS
bagaimana saya hendak menggapai bintang di langit jika siang masih panjang? 
oh bintang, kenapa kau semakin berjauhan, dan enggan muncul tiba? 
oh bulan, bantulah daku. 
bawa ke mari bintang ku itu.

tidur tengah hari itu berkat...

wei bangun bangun. kesat-kesat tahi mata. wei kau dh pokol tujuh la. damn. pantas2 aku berlari-lari anak ke kamar kecil. mencari ketenangan di pagi hari je dah dekat doploh minit.kacau ni kacau.bikin jiwa gua meroyan.*note perkataan kegemaran:meroyan*

naseb baik sejak dua menjak di sudan ni, aku dah prektis untuk bersiap dengan kepantasan yang unggul, yang bisa menggegarkan alam semesta. nah, tak sampai lima minit memang lengkap.penuh.segala yang besar dan kecil *opps* dah ditempat yang sepatutnya. 

bila ku calling, aik nampaknya semua dah kat bawah.aku yang lambat ataupun jam mereka yang expressrakyat ikut waktu malaysia?over tu lima jam advance.bergegas aku turun.terikan matahai kau toksah cakap.shades hitam kesayangan aku yang aku beli dengan harga duapuluhlimaringgitsahajatunai boleh pulak aku tinggal kan dengan hati gembira untuk menemani si boifren di malaysia.niat di hati nak rembat satu di dubai bersatu itu hari tapi semua dengki dengan poket penuh aku sampai takda satu pun yang layak dibeli oleh ku.takpa, ada ubi ada batas, ada hari bole aku balas!dunia memang tidak adil.

biasalah,bila dah jadi AJK tu, semua menda lah harus dititikberatkan.penting ini woo,social relationship.tengok tu,bos aku skodeng je dari atas.haa apa lagi, kasi penuh dedikasi punya nanti dapat markah lebih.bole up skek level leadership.bak kata orang la, sambil menyelam minum  air ye tidak. orang yang kata, bukan aku chuppp.. bila nampak gaya peralatan yang dah diperlukan dah siap, segera aku memanjat smula lif. haa kantoi betol bos aku memang betol2 skodeng dari tingkat empat ini.ape lagi,aku buat muka sebok, kunun2 tak perasan dia dengan tangan sebelah mengendong tray berisi timun yang aku kupas.tiga kilo beb,muka gua dengan bau gua  dah sebijik timun.

agak-agak pendaftaran dah full, game pun start dengan apa yang di plan kan. memang, memang agak kelam kelibut biasalah banyak sangat bunyi sana sini.tapi apa2 pun.akukan manusia tenang level satu bak kata kawan aku.jadi aku harus pastikan ketenangan aku ini tiada batasannya. empat game selama setengah jam.memang menepati objective pada hari ni. iaitu birthday bash untuk ibu-ibu dan anak-anak.

gembira aku lihat mereka gembira bermain. best jugak bila kenekan orang main telematch yang agak menganggu jiwa dan perasaan serta fizikal.sampai ada yang tonggang terbalik.*evil* aku sebagai AJK,hanya mampu bangga,kerana berjaya mendapat kepuasan maksima. haha. apa-apa pun aku tahu mereka semua memang enjoy to the max, and clap to the team!! *of cos*

nasi lemak, spaghetti,kuih muih dan especially birthday cakeS!sedap gila semua. memang tak perlu masak arini. haha. 

agak-agak dah pokol sebelas aku pun beransur pulang. memang terik betol di luar.matahari masih lagi terpacak. winter ape kah ini? shessh di kala kala shades duapuluhlimaringgit aku takda nie lah dia nak menusuk mata hitam ku. tak glam mak~~!

bila perut kenyang, mata pun kuyu. ku bawak lappy ku, bantal ku, dan melepak di ruang tamu berbekalkan ekon 16deg dan kipas *putar ke 5*. jam dah di set ke pukul dua petang, ade meeting pula petang ini. tapi aku rasa aku tak mimpi. aku nak bangun. betol2 aku nak bangun. tapi apesal ni?apesal aku tak boleh bangun? ahhh bikin kacau lagi ni!!!!



time2 cam ni la dah datang dah. dia dah buat hal dah semula.



damn~!!aku dah agak dah.


ruang tamu tu....


memang bermasalah...


ni dah dua kali dah dia buat hal dah....



suka hati mak bapak dia je....


yang kau pergi hempap aku apesal? debab betol. aku nak bangun la sengal!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




dasar hantu betol!

syurga cinta

Pesan atok;

Jodoh itu ada TIGA
1)dikatakan jodoh dari syaitan : kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan, dan terus membuat maksiat. akhirnya si dia mengandung, dan terus bernikah.

2)jodoh dari jin : kamu berdua berkenalan, kamu sukakan dia, tapi dia tidak sukakan kamu. kamu bomohkan dah sihirkan agar dia sukakan kamu dan kamu bernikah.

3)jodoh dari Allah :kamu berdua berpandangan mata, terus menusuk ke kalbu, kamu terus meminang dia, dan dia terima pinangan kamu. dan kamu berdua menikah. insyaALLAh, berkekalan hingga ke akhir hayat. 


pesan atok lagi;

jadilah seorang wanita dalam bekas kaca yang sukar disentuh. hanya orang yang mampu saja boleh memilikinya. 

because of teh tarik.....

the night was so quiet. empty. not even a sound. there was no wind. i could even hear myself breathing with the quietness around me.

dinner was ready. ayam paprik with white rice. it was okey, but too spicy. never mind, i will try to reduce the chilli next time around. 

the clothes need to be ironed. the movies need to be watched. and the presentation materials need to be reviewed. so much things to do in a night. the breathing became more faster than the minutes ago. i need to keep myself calm.

i fetch the kettle, the empty one and filled with the filtered water. i rotated to open the cold water tap. while waiting for the liters of water, i sneaked to watch the preview in the show movie. numerous new movies just being released. shooot. i need to catch them all!!!!

oh,i almost forgot! the kettle was full, i closed the tap and waited patiently for the water to be boiled. as i was waiting for that, i suddenly remembered the movie that i need to watch. jumped back to my bed, i played the proposal. it is still a nice movie, even watching it for second time.

ah, the water must be ready. i fetched my instant teh tarik in our ration's locker, and headed to the kitchen. but what was that? where was the smoke coming from? the sink? 

i did not closed the tap? and when did i use the HOT water instead of cold water to fill the kettle? why then the hot water tap was opened?




i can't think of anything. i put down the mug. slowly i closed the tap. to get rid of the smoke of hot water. left my teh tarik instant packet there. walked slowly and patiently to my room and bravely  i locked the door.





damn. there was nobody at home. my housemate was out for a dinner. and i was alone actually.





hantu tak masuk dalam bilik yang berkunci kan????shoot meremang bulu roma i menulis ini.

zephyr

~ringing~

sapa pulak kacau aku tengah sedap sedap layan novel budak sekolah nie?

(silent mode)

okey dah aman dah.bole sambung kosentrasi jap.

tapi tak nice pulak tak jawab.tak sopan mak aku kata, kan mak kan?

biar lama sikit. nak tengok sejauh mana kesungguhan dia menelefon aku.

eh ni dah lebey setengah saat. tak berenti-renti plak calling.kalau tak jawab nie, tah mahu dia tak tido malam kan. tah-tah kejap lagi menapak je depan rumah aku. dah sah pulak tak tau nak jawab ape. ape aku nak buat nie? kene la stop baca buku nie kan? potong betol la. aku dah sampai adengan yang si Addin ngan Benz nak berpisah nie. kacau kacau. bisa bikin jiwa gua meroyan.

ahh jawab la kan? tah tah ade rezeki nak mendatang. mane la tahu, laksa johor semangkuk ker. takpun chicken rice with roasted chicken ke kan. perghh meleleh sedap dia. 

segera aku tekan butang hijau. maksudnya aku nak jawab telefon kau ni la ye. jangan kau mengada-ngada nak letak telefon pulak jenuh aku berpikir nak jawab ke tidak nie.



"buat ape tu?"


"oh baca buku nie.(terasa mcm budak sekolah form 5 tengah prep malam baca buku Kimia). Kenapa XXXX?(nama dirahsiakan)??"


"hmm, busy tak? takde ni nak mintak tolong..."

"ye tolong ape tu, tak busy sangat pon...ape2 boleh je tolong"


"pandai zapin tak? nak mintak tolong ajar budak budak ni"


aku salah dengar ke XXXX terlebih makan lada malam tadi?

errr, zephyr song tu aku pandai la kan.ZAPIN?????

agak-agak ape eh jawapan aku tadi?

A) eh boleh sangat2. dulu time sekolah rendah saya memang juara pertandingan nie. sampai ke peringkat negeri pulak tu. medals belambak kat rumah.
B) erm zapin? zapin tu ape? macam bunyi samping je..
C) saya ni tak tahu menari. keras kaku. tak pernah seumur hidup saya menari. kalau poco-poco boleh la. nanti kang malu pulak anak didik saya nak persembahkan ajaran tarian saya tu.
D)(gelak terbahak-bahak sampai berlinagan air mata) XXXX nie memang kelakarlah!!!!

SIla hantarkan jawapan anda kepada AFUNDI UJI ke 44456 tekan-tekan tak delivered.

Sekian babai.


nak pergi betolkan heart beat yang berdegup degap pantas sambil start mempelajari tarian zapin berlatar belakang kan the zephyr song.








eceh, acah je!!!!!

buruk siku buruk lutut hitam

tahu tak dalam dunia banyak sgt jenis manusia. betol. kalau tak percaya cube u tengok sekeliling. banyak je jenis ragam manusia. tapi kat sini, i macam nak cakap pasal perihal manusia yang dalam segelintir kumpulan ini.

1) manusia yang berkata duit bukan segala-galanya - dihantar u bekeja di negara-negara "maju" untuk menimba pengalaman. ye la betol la tu. i pon tak ingin nak nafi. tapi rasa-rasa nya cukuplah sekadar pengalaman itu untuk menjadikan u ada x-factor bukan yang kumpulan danny si jambu itu ok. tapi u ada extra effect yang pekerja-pekerja local tak dapat. iaitu bekerja dengan manusia yang sgt bebeza dari segi adat resam dan budaya. dan dengan itu, maka wajiblah allowance u boleh ditarik balik. sebab u dihantar bekerja di negara asing untuk bekeja dan bukan mengumpul duit dan beli rumah sebiji di kajang. kan. so, kalau satu hari, u dapat package untuk bekerja dan allowance u adalah "once in life time experience" u jangan terkujat beruk pula. ini betol akan terjadi.

2) manusia yang kata perlu mengikut keadaan semasa atau lebey glamer "be flexible"- manusia ini akan cuba mengimplementasi dan cuba mengubah keadaan seseorang mengikut tempat dan masa. so, semua orang perlu menjadi flexible seperti dia. seperti contoh, u takkan dapat gaji u dalam RM lagi. semua nya akan di tukarkan kepada matawang di keadaan semasa. jadi kalau yang kerja di vietnam itu, siap sedialah untuk menjadikan seguni duit gaji sebulan u sebagai alas kepala. memang enak dibuai mimpi terus.

3) manusia yang kata semua ini milik mereka, maka harus dipulangkan - bonus itu milik yang empunya, jadi perlu dipulangkan semula. dan di roll out sebagai modal kompeni. jadi at the end, takde pon bonus untuk u. points yang u kumpul untuk semua airlines yang u naik itu milik syarikat. itu juga harus dipulangkan balik. jadi kesimpulan jangan jadi ahli skywards supaya u takde point dikumpul dan takde menda nak dipulangkan balik yes padan muka mereka.dengki dengki.

ini baru suku dari apa yang i dengar. dan yang i learnt. tapi ada lagi yang i malas nak tulis sebab i rasa macam mengumpat. tapi ada sesetengah benda yang i rasa tak patut mereka ungkit dan tarik balik. if that the case, how are we supposed to be global champion? kalau dah dihantar bekerja overseas je 1001 menda diungkit? kan kan? then at the end takde sapa pn nak bekerja di overseas dan padan muka sume operations tak bergerak lepastu bangkrup takda dah nak byr 57% to the nation.

ya ALLAH berilah petunjuk kepada mereka. AMIN. ini perihal orang dewasa, budak budak tak paham sila pergi isap botol susu ok fuh terasa i matured gila la.


spaghetti lurus tidak seperti roller coaster

ini hujung minggu yang ke-lapan. masa sedang cemburu dan berlalu pergi. pantas sekali meninggalkan sembilan bulan yang telah berlalu. fiuh. tak sangka kan. aku akan ada masa selepas ini untuk mengecat semula bilikku. aku ada masa untuk membuli ireen. dan aku akan ada ketika emak perlukan pertolongan ku. hari bahagia itu aku nanti dengan tenang. 

semalam masih lagi berbincang tentang perihal raya haji. mahu dan ke mana? itu masih lagi tidak mendapat kepastian. mungkin perlu menjadi lebih flexible. mungkin lebih perlu berfikir dengan terbuka. tetapi aku ingin sangat melawat negara sejuk itu. duit? ah pening juga mahu pikir.


comel sangat aku ketika tersenyum simpul. dan baru aku perasan akak ku adalah sangat tinggi yer dahulu.tetapi kenapa sekarang aku rasa terbantut je dia?

tahun ini dua puluh lima. semakin membesar dan matang. semakin terasa tidak perlu ke arah itu. pernah aku baca di blog kawan, memang bila dh usia begini sudah berada di tahap keselesaan. betol, dan makin lama makin aku terasa begitu. makin aku terasa menjadi lebih independent. hanya perkataan inggeris itu mampu menjelaskan segala-galanya. harap ini bukan penamat hidup.tapi jika ia, apa yang akan berlaku??

hujung minggu tidak lagi merasa bosan. terasa masih banyak ruang yang perlu diisi. adakah masa memang mencemburui kita? aku perlu menjadi kawan karib kepada masa. supaya aku akan lebih menghargai setiap detik itu dengan bermakna.

terasa sangat dodgy bila seperti berbahasa dalam cerita P Ramlee. Tapi itulah hakikat bahasa Melayu kita. 

pain in the ass

winter is coming. the sun is still shinning but not as bright as before. the wind starts chilly. it is just the perfect time to plan things. but sometimes some things just can't be made as what you wish it to be. ahhh just forget about the planning thingy. i still got time.

i scribbled about the things i found out today. the portable hard disk was crashed. with 32.7G capacity. full of data and information with not-hundred-percent back up. maybe only half of it. or even a quarter. i never update. this is just so shitty when obviously i need to submit the work. sometimes technology is not helping at all when they are becoming too fragile and the thing is that all the freeware is damn demo. full version is to be paid. ha ha. well there is no such thing as freebies in this bill-gates business. darn. 

and now i confirmed that no more on-job-trainee like me to be at overseas. so-called global champion company already called it off. poor the other people. once we tried to test something new to the company there must be a 'dalang' to stop everything. because of jealousy and envy. envy will never brings us out anywhere. then why on earth they even dare to start this kind of approach?? well.life is never fair, but it always good right.

so what did you hear today? its good to reflect your daily life, as long as you know how to take the positive side of it. kalau merajuk pun bukan orang tahu. baik simpan semua dalam hati dan mulakan hari esok dengan indah.

cheers~~




a choice

life always full of choices. i got a choice to make. either iran or europe. which one would you choose to spend your 1 week public holiday?

i am not so keen of iran when im thinking of the world today. and the things happened there. but when will be the next time do i get the chance to go there? or even to have planning to spend 6 nights there? i doubt so.

Europe has always been my dream, come right after US. then i get to meet my dream lover. even saying so, i can go to this country anytime. from anywhere. either it be from sudan or malaysia. either way.

what say you?com'on help me to pick one!!!!SOS!!!

kerja kosong kerja kosong!!

Kenapa minyak di Sudan boleh dikatakan minyak yang likat?

Boleh dikatakan ¾ minyak yang kita keluarkan dari perut muka bumi Sudan ini adalah minyak yang likat, atau dikategorikan sebagai bahan mentah yang mempunyai oil API gravity bawah dari 20. dan selebihnya ¼ adalah minyak yang tidak terlalu likat, dan boleh dikatakan light oil dengan API gravity yang lebih dari 25. Jika keadaan ini dibandingkan dengan Malaysia, jauh bezanya cara mengendalikan mereka.Minyak mentah dari muka bumi Malaysia boleh dikatakan kebanyakan nya light oil dan ke arah super light oil.

Apa yang bakal kita tempuhi?

Dengan kehadiran heavy oil ini, banyak perkara yang perlu kita tempuhi. Sebagai seorang Production Technologist, banyak juga perkara yang perlu ditilik untuk kebaikan semua pihak. Yang pertama, adakah telaga kita ini mampu mengalirkan minyak keluar secara normal? Tanpa apa-apa bantuan dari bawah tanah? Mungkin boleh, tapi untuk jangka hayat 2 bulan seperti untuk light oil, dan tidak mungkin langsung untuk heavy oil. Kita inginkan produksi minyak untuk jangka masa panjang. Kita tidak lihat untuk hari ini sahaja, tapi mungkin untuk seluruh kehidupan kawasan minyak itu, 15-20 tahun akan datang. Jadi nya untuk itu, kita perlu menganalisa menggunakan bantuan. Seperti orang kesesakan nafas, kita perlu beri bantuan kepada telaga yang bakal mengalami kesesakan untuk mengeluarkan minyak. Dari sini kita akan lihat, adakah menggunakan pam di bawah tanah itu berguna? Dan pam yang bagaimana yang sesuai?

Dan salah satu masalah terbesar setelah produksi adalah air. Mungkin dalam kehidupan harian sebagai seorang manusia kita perlukan air. Kalau tidak kehausan lah semua orang. Kalau tidak busuk lah baju dalam bakul bertimbun tidak basuh. Tapi dalam industri gas dan minyak ini, tidak semua keadaan kita perlukan air. Dan bila menghadapi air yang telah keluar dari perut bumi, mengendalikan nya merupakan masalah yang besar dan kritikal perlu kita tempuhi. Bagaimana pula itu untuk mengendalikan nya?

Tidak sahaja air, dalam perut bumi itu juga, kita punyai gas. Gas yang mungkin kondesasi mengikut suhu. Tapi mujurlah masalah gas tidak kritikal di Sudan. Jadi sebab itulah kami tidak punyai gas injection. Tapi masalah timbul bila heavy oil ini, kita mungkin terlalu kuat menarik minyak keluar, dan terhasil lah kelumpuhan pada pasir di perut bumi. Pasir-pasir ini menjadi halangan besar juga kerana meraka akan menutupi liang roma yang telah kita tebuk di bawah sana. Jadi minyak terhalang untuk keluar, dan hasil nya segala peralatan kita bakal dipenuhi pasir. Apa yang perlu di letakkan di dalam production string kita itu??

Dapat jawab semua soklan? Sila hantar resume anda pada www.pdoc.com/resume.

Pasti menjawat jawatan tertinggi di dalam industri yang glamor ini. =p

baru aku tahu mengeja perkataan "SERONOK"

flu. tersekat panadol di kerongkong. ish. tak cukup pelincir. tiba2 tangan laju je bukak google chrome dan terus start. eh membloging dah start rupenye. hye guys!!!!! ye aku tahu aku dah lama sangat tidak meng update kan diri ku yang hepp sangat ini. gomenasai. aku sengaja. aku nak tgk sejauh mana kesetian pembaca-pembaca di luar sana. dan aku tahu ramai yang sedang tak lalu makan, mandi pon tak basah sebab tak dapat cerita terbaru aku kan. ok la. demi korang sekarang jugak aku bercerita.

setelah aku lalui macam2 laluan hidup untuk pulang beraya, akhirnya aku telah menghabiskan 2 minggu di malaysia. yer 2 minggu, tapi seminggu di ofis. tapi tak kisah la kan. janji dapat tidur bwh ketiak mak sambil berbut dgn cucu2 nya. ahh sebok je semua org nak jadi anak bongsu. menyampah!!!

hari raya, biasa lah kan. lauk pauk banyak perlu di masak. seperti biasa aku ini memang ratu di dapur. tangkas seperti landak. eh mcm tak kene je kan? tapi sebab aku suka landak jadi tak kisah lah kan. so, baru aku tahu yang anak buah sulong aku ni sentimental rupanya. ketika bersalaman di pagi raya, dialah manusia plg sedey sbb tgk nenek dia nages. gila tak hepp kan? uncles and aunties sume gelak girang je.yang u nanges sorang2 asal? 








seperti tak biasa, thn nie kami tak balik mana2 kampung langsung. OMG. sangat pelik. reason kukuh mak aku sebab h1n1 tanak bawak baby ke mana2. reason tak kukuh sebab ramai org dtg rumah. ye ramai. tak di sangka2. sedara2 jb turun seremban, bakal biras pon datang.memang mak aku busy sgt sampai sakit dia pon datang semula. ish ish. bionic woman nampaknya mengalami kesusutan tenaga. 


berturutan dengan hari raya ini, qaseh a.k.a nur qq pon telah di aqiqahkan. bangga sebab qaseh pakai baju yang auntie kasi.. aolololo bucuk comel. happy sangat sebab kawan2 i yang hepp sudi datang dan basuh pinggan. tak sia-sia aku import korang dari kl. tengs seribu daun keladi nanti datang lagi!!!! 


dan bila aku pulang ke malaysia nie, tiba2 terjadilah event menyambut kelahiran kesayangan aku. iaitu noona. aku memang sengaja. aku kan suka seprais, jadi kalau orang tak nak buat untuk aku maka terpaksalah aku buat untuk org lain. (sekalian ini hint ye. jadi sila ambil perhatian). walaupun pada awalnya tisha seperti menghampakan aku yang telah penuh dgn rancangan bersama delia ni, akhirnya tisha tetap menjadi tetamu istimewa mlm itu cis potong betol padahal sebenarnya semua dtg nak jupe i. tapi tak kisah janji aku suke tgk kawan2 aku happy. aku belikan kek ade kacang kesukaan dia yang aku igt, dan juga party set. aku suke sbb tisha terharu. kan bes kan. tengs delia sbb awak kasi komitment yang bes!siap buat banner lagi!!!sila rujuk pada blog mereka-mereka ni kalau nak tgk hasil nukilan deliani mereka banner. 



oh aku pun tak lupa. yang kami juga mengadakan bbq untuk birthday si sulong itu, sedap bbq hari itu walaupun kak long ku beli sume ready made dr carefour igtkan marinate sendiri.tp mmg sodap. yang paling seronok sebab amar merajuk semua orang tak beli hadiah untuk dia. and kek ada satu je. hahahahhaha. suka aku tengok si jantan sorang tu merajuk dan menages. bes! seb bek ada satu hadiah sesat untuk dia, terus gembira tak terkata. dasar kanak2!! memang kanak2 pon kan. hihi.




"uncle perlu pakai party hat princess ok" terpaksa menurut perintah si kecil tanpa berkata apa. tak boleh bantah nanti kene halau rumah wooo.

dan selepas itu tepat 2 pagi 3 oct aku dah perlu pulang ke negara 41 darjah deg. damn, aku igt balik ni dah terus winter rupanya masih lagi berbahang dan berpeluh dalam ekon. ke tu sebab aku nak demam sebenarnye eh?? OMG tidakk, bukan h1n1!!!!