RSS

tidur tengah hari itu berkat...

wei bangun bangun. kesat-kesat tahi mata. wei kau dh pokol tujuh la. damn. pantas2 aku berlari-lari anak ke kamar kecil. mencari ketenangan di pagi hari je dah dekat doploh minit.kacau ni kacau.bikin jiwa gua meroyan.*note perkataan kegemaran:meroyan*

naseb baik sejak dua menjak di sudan ni, aku dah prektis untuk bersiap dengan kepantasan yang unggul, yang bisa menggegarkan alam semesta. nah, tak sampai lima minit memang lengkap.penuh.segala yang besar dan kecil *opps* dah ditempat yang sepatutnya. 

bila ku calling, aik nampaknya semua dah kat bawah.aku yang lambat ataupun jam mereka yang expressrakyat ikut waktu malaysia?over tu lima jam advance.bergegas aku turun.terikan matahai kau toksah cakap.shades hitam kesayangan aku yang aku beli dengan harga duapuluhlimaringgitsahajatunai boleh pulak aku tinggal kan dengan hati gembira untuk menemani si boifren di malaysia.niat di hati nak rembat satu di dubai bersatu itu hari tapi semua dengki dengan poket penuh aku sampai takda satu pun yang layak dibeli oleh ku.takpa, ada ubi ada batas, ada hari bole aku balas!dunia memang tidak adil.

biasalah,bila dah jadi AJK tu, semua menda lah harus dititikberatkan.penting ini woo,social relationship.tengok tu,bos aku skodeng je dari atas.haa apa lagi, kasi penuh dedikasi punya nanti dapat markah lebih.bole up skek level leadership.bak kata orang la, sambil menyelam minum  air ye tidak. orang yang kata, bukan aku chuppp.. bila nampak gaya peralatan yang dah diperlukan dah siap, segera aku memanjat smula lif. haa kantoi betol bos aku memang betol2 skodeng dari tingkat empat ini.ape lagi,aku buat muka sebok, kunun2 tak perasan dia dengan tangan sebelah mengendong tray berisi timun yang aku kupas.tiga kilo beb,muka gua dengan bau gua  dah sebijik timun.

agak-agak pendaftaran dah full, game pun start dengan apa yang di plan kan. memang, memang agak kelam kelibut biasalah banyak sangat bunyi sana sini.tapi apa2 pun.akukan manusia tenang level satu bak kata kawan aku.jadi aku harus pastikan ketenangan aku ini tiada batasannya. empat game selama setengah jam.memang menepati objective pada hari ni. iaitu birthday bash untuk ibu-ibu dan anak-anak.

gembira aku lihat mereka gembira bermain. best jugak bila kenekan orang main telematch yang agak menganggu jiwa dan perasaan serta fizikal.sampai ada yang tonggang terbalik.*evil* aku sebagai AJK,hanya mampu bangga,kerana berjaya mendapat kepuasan maksima. haha. apa-apa pun aku tahu mereka semua memang enjoy to the max, and clap to the team!! *of cos*

nasi lemak, spaghetti,kuih muih dan especially birthday cakeS!sedap gila semua. memang tak perlu masak arini. haha. 

agak-agak dah pokol sebelas aku pun beransur pulang. memang terik betol di luar.matahari masih lagi terpacak. winter ape kah ini? shessh di kala kala shades duapuluhlimaringgit aku takda nie lah dia nak menusuk mata hitam ku. tak glam mak~~!

bila perut kenyang, mata pun kuyu. ku bawak lappy ku, bantal ku, dan melepak di ruang tamu berbekalkan ekon 16deg dan kipas *putar ke 5*. jam dah di set ke pukul dua petang, ade meeting pula petang ini. tapi aku rasa aku tak mimpi. aku nak bangun. betol2 aku nak bangun. tapi apesal ni?apesal aku tak boleh bangun? ahhh bikin kacau lagi ni!!!!



time2 cam ni la dah datang dah. dia dah buat hal dah semula.



damn~!!aku dah agak dah.


ruang tamu tu....


memang bermasalah...


ni dah dua kali dah dia buat hal dah....



suka hati mak bapak dia je....


yang kau pergi hempap aku apesal? debab betol. aku nak bangun la sengal!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




dasar hantu betol!

1 nosy parker:

Anonymous said...

tdo waktu tghari mmg best. aku penah tdo kul 1-3ptg kt ofis. best mkn gaji buta yum2 bak kata shikin hahah

Post a Comment