RSS

spaghetti lurus tidak seperti roller coaster

ini hujung minggu yang ke-lapan. masa sedang cemburu dan berlalu pergi. pantas sekali meninggalkan sembilan bulan yang telah berlalu. fiuh. tak sangka kan. aku akan ada masa selepas ini untuk mengecat semula bilikku. aku ada masa untuk membuli ireen. dan aku akan ada ketika emak perlukan pertolongan ku. hari bahagia itu aku nanti dengan tenang. 

semalam masih lagi berbincang tentang perihal raya haji. mahu dan ke mana? itu masih lagi tidak mendapat kepastian. mungkin perlu menjadi lebih flexible. mungkin lebih perlu berfikir dengan terbuka. tetapi aku ingin sangat melawat negara sejuk itu. duit? ah pening juga mahu pikir.


comel sangat aku ketika tersenyum simpul. dan baru aku perasan akak ku adalah sangat tinggi yer dahulu.tetapi kenapa sekarang aku rasa terbantut je dia?

tahun ini dua puluh lima. semakin membesar dan matang. semakin terasa tidak perlu ke arah itu. pernah aku baca di blog kawan, memang bila dh usia begini sudah berada di tahap keselesaan. betol, dan makin lama makin aku terasa begitu. makin aku terasa menjadi lebih independent. hanya perkataan inggeris itu mampu menjelaskan segala-galanya. harap ini bukan penamat hidup.tapi jika ia, apa yang akan berlaku??

hujung minggu tidak lagi merasa bosan. terasa masih banyak ruang yang perlu diisi. adakah masa memang mencemburui kita? aku perlu menjadi kawan karib kepada masa. supaya aku akan lebih menghargai setiap detik itu dengan bermakna.

terasa sangat dodgy bila seperti berbahasa dalam cerita P Ramlee. Tapi itulah hakikat bahasa Melayu kita. 

0 nosy parker:

Post a Comment