RSS

telaga oo telaga

ye di malaysia semua telaga minyak nya adalah di laut, tapi di sudan semuanya di darat ye lah sudan mana ada laut untuk dikorek.jadi mereka pun koreklah tanah tiba-tiba jumpa pula minyak dan gas yang sangat berbaloi untuk di bangunkan.jadi aku pun datang lah ke selatan sudan ini untuk menimba pengalaman dan melengkapkan KPI aku.

mujur jugak PDOC atau syarikat yang aku sedang bekerja ini melebarkan sayap perniagaan minyak nya jauh dari kawasan darfur. Ye petronas ada juga melaburkan sahamnya di salah satu syarikat E&P iaitu GNPOC yang kawasan minyak nya di sepadan darfur jadi mereka selalu menghadapi masalah keganasan dan kebusukan orang tempatan yang kunun-kunun ganas-ganas belaka.

permulaan aku ke OBC (operation base camp) Palogue ini bermula dengan menaiki kapal terbang selama 55 minit eh serupa jet persendirian tau.betol aku tidak tipu.siap ade pramugara tidak sehandsome anak baba tetapi janji rocks so aku tenang je.

sampai-sampai di OBC kami ditempatkan di bilik VVIP oke bukan satu V tapi dua V menjadikan nya sangat hebat.,ye lah, kami tidak perlu turun ke dining hall semua nya akan di hantar ke batang hidung tinggal tunggu tangan suap ke mulut sendiri je.

malam pertama sudah bekerja terlalu keras sampai lah ke hari ketiga di mana malam itu aku dan teman aku terus pengsan, tidur tidak sedarkan diri.haha.orang pejabat datang ke operasi mana tidak pengsan kan.lagi-lagi lah operasi yang wajib disaksikan semuanya pada waktu pagi.sabar je lah.

cuma, cuaca di selatan sudan ini lebih menguatkan ingatan aku kepada malaysia. ye lah, ada pokok-pokok boleh hidup di sekitar, sedikit hujan, dan angin sepoi-spoi bahasa. jauh berbeza dari utara sudan yang lebih kepada kepanasan azali. lega betol rasanya. walaupun aku dikelilingi manusia sudan yang amat keras kepala, dan sukar untuk mendengar, dan aku sepatah haram tidak memahami bahasa arab tetapi aku suka sangat cuaca yang enak begini rasa nak dodok setahun sampai abes tempoh aku di sudan haha joking aja.

tapi di sini aku banyak mengalami tekanan perasaan, cume berbekalkan kesabaran sahaja membuatkan aku terus tenang dan tabah. wahaha.


inilah bilik VVIP aku kat laut mana ade bilik macam ini okey aku rasa bilik ini untuk presiden PDOC je yang dodok.haha.kan untung jadi dua gadis unggul di kawasan lelaki ini.semuanya jadi istimewa.

pemandangan sepanjang perjalanan dari OBC ke rig site.menarik kan?

okey pengangkutan yang sangat penting di sini. perjalanan hari-hari dari OBC ke rig mengambil masa dari 20mins-sejam sengah bergantung pada lokasi dan struktur jalan.

inilah kawasan operasi atau dinamakan rig site atau onshore. lihat awan kebiruan sungguh cantik!!

kawasan becak setelah hujan pada malam itu menyebabkan kami terpaksa tidur di rig site kerana tanah lembik menyukarkan perjalanan dan merbahaya dan OMG kami tidak bawa raining boots!

ini aku amacam smart tak?cuba menjadi client yang ganas ni.

senapang panjang untuk menebuk lubang di dalam muka bumi. yes! kami dapat peluang untuk masukkan peluru nya. kool!

taklimat keselamatan untuk operasi tekanan tinggi


gadis-gadis unggul dan krew di lokasi

okey!kerja menebuk lubang sudah habis! masa untuk pulang dan berehat!!!


hari ini dah hari kelima aku di telaga darat ini. nantikan kepulangan aku wahai khartoum!!

p/s: penat sungguh untuk alih bahasa ini kan. jadi sayangi lah bahasa kebangsaan kita!!

0 nosy parker:

Post a Comment