riang ria di aldilfitri dah bermain di otak. semua aku dh sediakan. packing kau toksah la cerita, dr awal ramadhan lagi aku dah buat. walaupun aku ni macho dan gagah, tapi jiwa sentimental tetap ada beb. nak diikutkan cerita banyak pulak simulasi yang perlu aku lakukan kali terakhir nie kan. betapa gedik dan mengada tahi kuda betol.
nak dijadikan cerita, aku telah digertak oleh management ku. gertak bukan seperti letak pisau di leher yang tejadi pada suami anita sarawak. bukan sebat di ass kalau memakai seluar dan berjalan di khalayak ramai (crap!!)..tetapi... gembira mereka menelefon aku mengatakan aku tidak boleh pulang. kalau nak dicerita satu persatu memang sampai sudah tak habis. ini bukan tak boleh pulang R&R,ini tidak boleh pulang raya, dan aku perlu menundakan pemulangan aku pada bulan october. konon2 nak optimize kan cuti aku. dah banyak lah pula isu berjangkit seperti h1n1 yang melanda pemikiran managementku.
aku bingung.tiket kapal angkasa untuk melancarkan roket telah di konfirmasi kan.pakaian telah terbenam di dalam perut beg tarik-tarik merah ku. apakah yang terjadi ini? "u insist nak balik?baik u amik duit yang u nak guna untuk balik sendiri tu dan pergi ke Europe?" di kala itu, aku taktau aku ni bengap ke ataupun mereka di sana yang berhati busuk? "i tahu u pergi kerja sana sebab duit je kan?" ini lah statement yang membakar jiwa aku. pergh kalau dia ni tak sengaja tak pe jugak, tapi aku tahu sebagai wanita yang kental aku harus buat2 menjadi drama queen.
permulaan aku dengan 1) titisan air mata 2) kesebakan suara di ganggang telefon 3)titisan air mata 4)ayat bukan nampak kesian tapi sedikit meminta kesian tapi diselangi dengan ayat wanita macho 5)terpaksa aku bina ayat to kiss their ass (omg aku tahu korang jijik membaca ini tapi aku terpaksa, sebab ini salah satu strategi untuk aku berjaya dalam idup....)
dan akhir nya aku mendapat kelulusan, kelulusan melipat ganda. biarpun aku diberi ayat2 yang kari berapi seperti iklan mawi itu, tapi aku tetap tabah. kata orang kene pandai main psychology.depa putaq kanan aku putaq kiri. gembira tatkala semua diluluskan.alhamdulillah. 3 hari aku meronta kesakitan, tidur tak lena, kepala mereng akhirnya tuhan tolong aku. terima kasih tuhan!
hari dinanti pon tiba. aku bercadang untuk pulang tepat selesai waktu pejabat. tiba-tiba aku dikejutkan ade segerombolan robot besi yang berkerumun di sepanjang perjalanan ke tapak kapal angkasa ku. dan aku harus segera bergegas pulang. dengan berbekalkan enjin horsepower 40 kuasa dua injap peparu berair, aku dan seangkatan otai-otai besar memulakan perjalan. dan tepat sekali, robot besi sekalian mengganas di tengah jalan. bukan sahaja robot besi bahkan keldai tua turut serta. dia tak takut ajal ker?
lima belas minit menjadi dua jam. kami tiba di tapak untuk check in. lega kerna masih ada dua jam sebelum roket dilancarkan oleh pak itam busuk sdn. bhd. ini pun atas jasa baik otai di offieku yang segera menghalauku untuk pulang ke rumah. memang tak disangkal kebaikan nya dibangdingkan dengan watak jahat dari management tadi. (sila refer kepada kejadian di atas untuk refreshment)...
disebabkan aku membawa pulang dua ekor anak gajah untuk disembelih, jadi aku terpaksa menggunakan khidmat pak itam hampagas dua ekor. mereka pun dengan gembira menarik beg tarik-tarik aku dengan siulan aku dapat duit banyak dari minah nie. tapi malang selalu tak berbau seperti bau berak tahi cicak. sekali lagi musibah di bulan puasa. tekak aku perit bertekak. pak itam nombor tiga masuk dalam cerita aku apabila dia tiba2 menggunakan kekasaran azali dan menarik beg aku untuk diselongkar .."open open" "assel assel" wtf kau tahu aku bwak pulang cecair kekuning untuk dijadikan bom a.k.a madu ini? dan dua kali aku mengeluarkan perkataaan HARAM untuk kau dan segala gerombolan kau yang memakan assel aku itu dan keluar bernanah lah air kencing kau. kau pernah tahu ada rules kapal angkasa tak boleh check in dan bawak balik madu? kalau ada, sila berikan aku number code rujukan pegawai imigresen roket bersatu.
kau dah amik assel aku sekarang kau nak duit aku pulak? dasar pak itam kau amik 5 pound ni dan kau pergi belanja seluruh keluarga tapi aku cakap duit itu haram. (aku tahu aku emosi time tu nak kata period clean pulak puasa lagi).setelah penat lelah, naseb baik seat kapal angkasa ku ada. naseb baik ini tidak mendatangkan apa-apa masalah kencing manis mahupun darah tinggi kepadaku.
dan akhirnya aku pun terapung di awangan selama 16 jam berbekalkan segala dugaan dan cabaran aku lalui. semoga cerpen ringkas ini dijadikan teladan dan ikhtibar untuk adik-adik yang bakal bekerja dengan gergasi minyak dan juga di africa. dengan harapan rajin-rajin lah beristighfar.
SELAMAT HARI RAYA ALL!! kepada yang di perantauan, rajin-rajinlah bakar ayam. u tahu kami di sini semua merindui mu, ting tong!!!
p/s: bergelocak pundi hempedu aku di kala menulis entri ini, sebab aku tahu ini entri a must to write. fuh fuhh. aku kene tenang. aku kan wanita macho. xoxo~