RSS

bongkak sombong takbur

Aci-aci bukak pintu
Nana balik pukul Satu
Belakang rumah ada hantu
Nana takut haih si burung hantu (err aku pakai hembus je nie)


Terngiang-ngiang lagu ini di otak kiri ku (kecuali ayat yg last sekali itu,,ade ke?)terngiang2 di telinga la oi.
Termenung aku sejenak di hadapan pc 14” flat skrin jenama HP.


Sambil menghayati lagu aci-aci di kepala ku.
Dan teringat aku kepada telefilem P Ramlee yang sangat menghiburkan itu.


Enak aku termenung, di sergah pula olh senior Geologistku.
“Termenung je ? Ingat nak balik rumah ke?”


AKu rasa, ayat itu tidak perlu diucapkan kepada gadis (ke wanita?) yang masih mentah lagi antah spt aku di bumi Africa ini.


Sesungguhnya jika Khartoum ini seindah Cape town di selatan Africa mahupun Zanzibar island yang hijau air lautnya dan juga bandar Nairobi yg pesat membangun (saja je nak membangga pasal aku dh tere geografi africa nie gile bongkak angkuh lagi sombong aku ni), adalah tidak menjejaskan kosentrasi ku terhadap kerja.


Terlintas di pikiranku, jika bos tidak memberi ku cuti walaupun hanya sehari kerna aku berhajat untuk keluar dr Khartoum ini sebentar, maka timbullah rasa gila aku.

Terjembul pelbagai idea-idea dari belakang otak kanan aku.


Dan kalau kau dengar letupan mercun dari tingkat 14 bangunan PDOC ini serta bunyi hentakan tapak kaki yang kau tak dapat kira berapa langkah per saat itu, kau jangan salahkan aku.


Salahkan dia yang bertopeng itu dan segala idea yang dtg dari minda nya itu.


Ogak-ogak kau lah, aku dah gila ke ni?
rasa cm nak pergi dan membunuh binatang2 liar di luar lalu di jual ke restoren karnivor di hadapan ini *geram*

1 nosy parker:

Anonymous said...

hakhak kata nk bakar bunga api kt tingkat 14.

Post a Comment