RSS

kerja kosong kerja kosong!!

Kenapa minyak di Sudan boleh dikatakan minyak yang likat?

Boleh dikatakan ¾ minyak yang kita keluarkan dari perut muka bumi Sudan ini adalah minyak yang likat, atau dikategorikan sebagai bahan mentah yang mempunyai oil API gravity bawah dari 20. dan selebihnya ¼ adalah minyak yang tidak terlalu likat, dan boleh dikatakan light oil dengan API gravity yang lebih dari 25. Jika keadaan ini dibandingkan dengan Malaysia, jauh bezanya cara mengendalikan mereka.Minyak mentah dari muka bumi Malaysia boleh dikatakan kebanyakan nya light oil dan ke arah super light oil.

Apa yang bakal kita tempuhi?

Dengan kehadiran heavy oil ini, banyak perkara yang perlu kita tempuhi. Sebagai seorang Production Technologist, banyak juga perkara yang perlu ditilik untuk kebaikan semua pihak. Yang pertama, adakah telaga kita ini mampu mengalirkan minyak keluar secara normal? Tanpa apa-apa bantuan dari bawah tanah? Mungkin boleh, tapi untuk jangka hayat 2 bulan seperti untuk light oil, dan tidak mungkin langsung untuk heavy oil. Kita inginkan produksi minyak untuk jangka masa panjang. Kita tidak lihat untuk hari ini sahaja, tapi mungkin untuk seluruh kehidupan kawasan minyak itu, 15-20 tahun akan datang. Jadi nya untuk itu, kita perlu menganalisa menggunakan bantuan. Seperti orang kesesakan nafas, kita perlu beri bantuan kepada telaga yang bakal mengalami kesesakan untuk mengeluarkan minyak. Dari sini kita akan lihat, adakah menggunakan pam di bawah tanah itu berguna? Dan pam yang bagaimana yang sesuai?

Dan salah satu masalah terbesar setelah produksi adalah air. Mungkin dalam kehidupan harian sebagai seorang manusia kita perlukan air. Kalau tidak kehausan lah semua orang. Kalau tidak busuk lah baju dalam bakul bertimbun tidak basuh. Tapi dalam industri gas dan minyak ini, tidak semua keadaan kita perlukan air. Dan bila menghadapi air yang telah keluar dari perut bumi, mengendalikan nya merupakan masalah yang besar dan kritikal perlu kita tempuhi. Bagaimana pula itu untuk mengendalikan nya?

Tidak sahaja air, dalam perut bumi itu juga, kita punyai gas. Gas yang mungkin kondesasi mengikut suhu. Tapi mujurlah masalah gas tidak kritikal di Sudan. Jadi sebab itulah kami tidak punyai gas injection. Tapi masalah timbul bila heavy oil ini, kita mungkin terlalu kuat menarik minyak keluar, dan terhasil lah kelumpuhan pada pasir di perut bumi. Pasir-pasir ini menjadi halangan besar juga kerana meraka akan menutupi liang roma yang telah kita tebuk di bawah sana. Jadi minyak terhalang untuk keluar, dan hasil nya segala peralatan kita bakal dipenuhi pasir. Apa yang perlu di letakkan di dalam production string kita itu??

Dapat jawab semua soklan? Sila hantar resume anda pada www.pdoc.com/resume.

Pasti menjawat jawatan tertinggi di dalam industri yang glamor ini. =p

5 nosy parker:

bijoux said...

aku tensen sbb bace bende ni dlm BM. haha. ngoi.

ANA said...

aku lagi tensen sebab kena kerah otak nk translate sume words. ahakz.

bijoux said...

cam sial. hahahhahaha.

HafizChan said...

Hidup bahasa...pening dowh baca dalam bahasa.

production string - tali pengeluaran LOL

Tijah said...

sana ada nak pakai tukang masak tak?

Post a Comment