tidor lewat.. melayan cerita indon kegemaran entah sejak bila. sanggup berjaga malam dan seterusnya berbual di telefon dengan manjanya bersama dia. mata akhirnya layu dan terlena di buai mimpi. kesejukan malam adalah sungguh enak sehingga terlajak tidor dan lewat. seharusnya keadaan begini tidak mengizinkan aku untuk terus menggunakan Plusliner. akhirnya aku terpaksa akur. untuk ke ofis dan bersama kereta yg lain. Kekasih WRU terpaksa di tinggalkan oleh kerna perlu di servis untuk perjalanan jauh bagi menikmati hari lahir aku dan emak di Pulau Langkawi. Persediaan mental pagi kesepuluh ini sungguh kurang apabila air satu tumbler tumpah dan memberi kemanisan oren kepada kereta emak. oh emak saya mintak maaf. kecuaian melanda. jadi pagi enam setengah sungguh kurang selesa. perjalanan ke ofis tidak mengalami sebarang kesukaran. akhirnya tiba seperti waktu-waktu biasa. walaupun sesungguhnya aku telah tersilap parking di tempat yang bukan speerti aku inginkan. dan terus aku mula fokus terhadap pekerjaanku. terlalu banyak yang harus diselesaikan memandangkan esok adalah hari cuti buat aku. tetapi bahawa sesungguhnya malang tidak berbau. kereta yang diservis akhirnya terkulai di tengah jalan. itu aku redha dan bertambah bersyukur kerana ayah ku tidak mengalami sebarang kecederaan.
tetapi kenapa kancil selalu mengambil kesempatan terhadap kereta ahli keluargaku? nampak gaya aku dan abang mmg terkena badi kancil.
takkan nak kata birthday sendiri suwey?
taklah,ini semua takdir. kene la terima dengan hati terbuka kan?
1 nosy parker:
selamat pagi! Happy birthday ujie. tak apa, bawak kereta pon best. kau cam tenang2 je pg indah itu. hehe ni 741 dan aku tidak ada kereta. mari jog.
Post a Comment