RSS

madu oo madu.bukan madu tiga.

Hadith: "Tanda-tanda rumah orang islam ialah di rumahnya terdapat madu dan kurma"

Rasullullah Bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu 3 kali pagi di dalam sebulan, dia tidak akan diserang penyakit serius (di dalam sebulan)" (Abu Hurairah)

Apekah khasiat madu?
Vitamin A,B,C & E
Zat gaian dan kecerdasan minda
demam/antibiotik
batuk berkahak/pernafasan
lelah/paru2 berair
menegangkan kulit muka/awet muda
proses penghadaman
penyakit jantung/perokok
dan sbg...(uhh sungguh byk khasiat madu jadi untuk lebih lanjut sila google )

teringat tahun lepas. aku pergi ke selatan sudan. oh kali ini bukan untuk berjalan-jalan, tetapi untuk memantapkan lagi experience di onshore operations dan juga menjadi witness kepada well completion yang sedang berlangsung. yer well itu adalah proposal aku.jadi adalah harus aku menyaksikan sendri mereka melakukan aktiviti2 ke atas well aku.

jadi oleh kerana sebelum aku pergi ke selatan lagi org2 di bdr khartoum berulang kali mengingatkan aku untuk pergi dan membawa pulang madu. dikatakan madu di sana asli belaka dan murah ^_^. yer saya suka!!!! 

jadi  niat untuk mendapatkan madu telah aku utarakan dr awal aku jejak kaki ke Palogue Base Camp itu. jadi setelah 3 hari di onshore, mereka pun membawa aku ke tempat penjualan madu. yer itu adalah di sebuah kampung terpencil on the way ke field aku, yang dipanggil kilo asyarah (kilo 10). aku tidak dibenarkan turun dr 4wd tu sebab takut dikerumuni mereka.yer aku kan bagaikan org asing. hihi. jadi aku ditinggalkan di dalam 4wd tu dan ramai juga mereka yg datang menghampiri tingkap. scary pon aku rasa jugak. tapi layankan je la. sebab derang nie leks je untuk diambil gambar. tak mara pon. tapi kirenye proses membeli madu sebesar botol minyak pelincir tu berjalan lancar, dengan harga 40 sudanese pound.

ok la fine. aku usung madu tu dari selatan kembali ke khartoum dan dibiarkan di dlm blk sementara pulang ke malaysia untuk kali keduanya. yeay2. aku pun pack2 madu itu dalam bag. yer dalam bag untuk di check in kan. berat gile. sampai hari untuk kembali ke malaysia, seperti biasa aku kene melalui pemeriksaan imigresen. walaupun aku ragu2 yang makcik and pakcik tu betul ke org imigresen. well looks can be deceiving hihi. ok bag pertama lepas. bag kedua yang kecil pun lepas. tiba2 bag merah ku yang ketiga ditarik ke tepi. ahh sudah.. mereka tarik dengan muka ganas budget aku takut padahal dlm hati dah cuak. aku manusia kecil mereka berbadan besar perut pun boleh telan aku bulat2. disuruhnya aku bukak beg itu. aku pun terkial2 amik kunci mangga dan bukak. nahh hanya ada sekotak besar dlm beg besar yang telah dibalut semuanya. aku cakap takde ape2 dalam tu. cehs padahal aku hentam2 je ayat nye. bhs arab tahu pun ciput2. jadi mcm anjing dengan kucing lah.ditambah derang mmg tak boleh speaking london langsung. hampeh. derang marah2 aku rasa lah tengok muka bengis amat. derang kata nak amik madu aku. damn. sekor umat pun tak tolong aku. aku naik suara derang naik suara. dah penat bergelut wahwah gelut dowh hampir setengah jam , last2 paku pasrah. madu berliter aku tu dirampas!!!!!!!!!! damn!! memang aku sumpah seranah derang sampai sekarang..naseb aaaa!!!! 

bila dipikir2 smula kenapa...
1.aku tak goda pakcik imigresen bengis berkulit hitam bersinar tu? mungkin dapat jugak bwk pulang sikit kan?
2. aku tak pujuk rayu makcik yang sejantina aku dengan muka ala2 kiut dan comel dan cakap itu sbg hadiah?
3.aku tak bawak je lari dan trus masuk ke dalam kapal terbang? ceh ini drama sangat ade mau kene tikam dr blakang nie. 

kalaulah madu aku tu tak dirampas, aku dah ade dh bekalan madu aku seumur hidup. tsk tsk. tapi takpe sekarang aku dh ade madu tualang pujaan hati. hari2 amalkan sesudu besar yer, jangan pakai sudu besi aku pun taktahu kenapa tapi dikatakan nanti zatnya hilang, jadi pakai sudu plastik or porcelin je yang boleh....selamat beramal!!!!!!!!

psst:aku dah kurang bersin2 di pagi hari..alhamdulillah. Madu oo Madu ..aww i tak sanggup bermadu bangg!!!


1 nosy parker:

bijoux said...

ujie suke madu ke. rumah aku ade byk if u want. org kate tak elok pkai sudu besi sbb nnti ade reaction ke ape n like u said loses its quality. aneh kan. tp aku prasan gak klo madu ngn sudu besi rase die lain sikit. nnti ko buat experimen itu ok =)

Post a Comment