dipetik dari utusan malaysia ---Trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi bukan sahaja membawa implikasi negatif kepada institusi kekeluargaan malah turut merencatkan pembangunan negara. --- apa maksud kahwin lambat di sini? utusan malaysia tidak menghuraikan dengan lanjut. saya kurang arif. bila wanita berpendidikan tinggi selalu dikaitkan dengan lambat berkahwin. lambat yang macam mana? umur yg berapa di kira lambat? salah wanita ke kalau dia berpendidikan tinggi dan lambat berkahwin? kadang2 kala kene tengok dua2 jantina. jangan secara rawak cakap wanita yang melewatkan perkahwinan.
Pensyarah Jabatan Sosiologi dan Antropologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Fatimah Daud berkata, trend negatif itu akan menyebabkan pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara semakin lembap."Sekiranya trend ini berterusan, saya khuatir kadar kelahiran bayi di negara ini akan semakin menyusut dan kita tidak dapat menambah jumlah penduduk yang merupakan aset paling berharga."Negara kita tidak akan berkembang dengan jumlah penduduk sedia ada sekitar 26 juta orang sahaja. Kita perlu jumlah penduduk yang lebih ramai untuk membantu membangunkan negara."Perkara ini akan menimbulkan masalah kepada negara pada masa akan datang kerana kita bakal kekurangan tenaga kerja sehingga memaksa membawa masuk tenaga dari luar yang saya lihat merupakan satu pembaziran," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. -- kalau dah takde orang nak kahwin dengan wanita berpendidikan tinggi tu nak buat bagaimana. takkan anak nak keluar dengan tiba2. tapi kalau dia dah berkahwin pon tapi takde rezeki? kesian dia. mngkin tuhan tak kasi lagi rezeki tu kat dia.
Selain itu, menurut Fatimah, kos perbelanjaan perkahwinan yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit turut menjadi faktor penyumbang kepada trend tersebut.Katanya, situasi itu mendorong golongan yang berhasrat untuk berkahwin membuat pinjaman daripada bank bagi menampung segala kos perbelanjaan.
"Paling tidak pun pasangan yang ingin berkahwin perlu menyediakan RM20,000. Ia merupakan antara sebab ramai yang membuat pinjaman bank untuk berkahwin."Kesannya pula, bebanan hutang bertambah kerana kadar bunga bagi pinjaman bank agak tinggi dan menjejaskan kehidupan pasangan selepas berkahwin," jelasnya. -- yang ini saya tak membantah, betul kadang kadang ada manusia tak tahu nak ukur baju di badan sendiri. pakai size L di beli nya size S, memang lah sesak nafas. ini kene wasatiah diri sendiri la. sebab perkahwinan tu bukan bebanan tapi satu kehidupan yang indah dan bahagia. jadi kenapa nak susah kan diri sendiri dan terikut2 keadaan sekeliling?
Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Datuk Ramani Gurusamy berpendapat, keinginan golongan wanita untuk memiliki kehidupan yang stabil menjadi faktor penyumbang trend itu semakin berleluasa. -- heyy mestilah mahu kehidupan stabil takkan lepas kahwin nak merempat ke ape ke. mestilah nak sesuatu yang menjamin kehidupan abadi. kalau setakat kawin utk dua hari dan tidak berusaha untuk selamanya mcm mana. memanglah duit bukan segala2 nya tapi tak perlu jadi jutawan cukup sekadar pakai makan minum dan boleh dapatkan kehidupan yang tenang, itulah yang kita mahukan. zaman sekarang wanita dan lelaki berganding bahu nak mengubah dan improve kehidupan masing masing.
jadi at the end pada saya tak boleh nak cakap sebab wanita berpendidikan tinggi sengaja melewatkan perkahwinan. banyak faktor yang perlu dilihat sebelum mengeluarkan artikel begini. tapi artikel ni tak de semua yang negative ada yang makes sense. cuma perlu berhati2 dalam mengutarakan pendapat.
ehh jangan saman saya, saya cuma memberi pendapat. awak boleh bangkang pendapat saya. :)
1 nosy parker:
aku rasa kalau 35thn ke atas kot. takkan below 30 kira lmbt kot kamon la... waktu bersara pn da meningkat...
Post a Comment