AKu tak tidor lagi. dari semalam. dari lepas balik kerja pokol 330, lepas buka puasa, lepas sahur untuk keesokan harinya, aku masih lagi tak tidur. ari ni adalah ari yang gemilang. yer bukan sahaja sebab Malaysia menyambut kemerdekaan, dan letupan bunga api sana sini di tanah air ku yang aku tak dapat rasai bersama, tapi sebab...
1) hari ini aku pulang menaiki kereta bersama akak kesukaan aku yang aku senangi dan dapat berbual dengan rancaknya.seronok sebab dia easy going person.
2) tiba-tiba aku dapat sms ketika di ofis "hari ini buker luar jom". wahh memang bes ni. memang okey sangat.
3)jadi hari ini aku berbuka dengan mereka dan rakan-rakan baru. menu ari ni : paling utama adalah kepak ayam bbq, berserta kibas bbq, ayam masak merah, sayur goreng campur, air teh, air sirap..memang lazat sangat. kenyang tak terhingga. memang tak da dah diet2 aku. memang tak salah kalau aku balik Malaysia nanti semua orang akan pandang aku sepuluh kali dan tak dapat cam yang ini adalah aku. aku bahagia dowh. ha ha.
4)disebabkan hari ini hari merdeka dan aku pula berbuka bersama duta-duta Malaysia di bumi Sudan ini, maka wajiblah kita menghayati hari penuh bermakna ini kan. Ya dengan apa? dengan ape geng? dengan filem lama, YA AKULAH SARJAN HASSAN!! dengan berpandukan pancaran lcd ke dinding, memang layan dowh movie ni.
5)balik rumah laporan dah ditolak ke tepi. sambung sedikit window-shopping. dan yes, hari ini battle terakhir. Terakhir bukan untuk aku, tapi untuk jiran-jiran sebelah rumah aku. Yer, mereka akan pulang. Pulang selamanya dan takkan kembali. cheewah. sedey siot. Main colet, layan borak, makan sardin-tak-roll-jadi-tiga-segi, layan air oren masam..memang kenangan!!!
Korang memang legend!!

Walaupun korang suka buli aku, tapi aku tetap boleh kalahkan korang main colet dan 3-9 okey. Selamat pulang ke tanah air wahai rakan-rakan [kecuali kau nan, selamat berdakwah iyer!]
Dan aku akan kembali mencari sinar kehidupan. Manusia datang dan pergi, tapi kenapa aku tak pergi-pergi lagi???
tido dulu geng.
bye.
1 nosy parker:
hahha kiut sgt. nt kau pergi la balek msia. dont worry!
Post a Comment