Aku bukan bidadari
Yang mampu terbang ke awan tinggi
Dan aku juga bukan tukang masak restoren doploh empat jam
Yang tere memasak semua jenis masakan
Aku ini manusia biasa
Cukup sifat setakat ini
Mata sepet, mulut manis, hidung mancung pipi tersorong-sorong..
Tapi kadangkala aku ingin jadi Catwoman
Ataupun Beyonce
Supaya aku bisa takluki dunia
Supaya semua orang di bawah genggaman aku
Bila aku tanak aku boleh kais ke tepi
Bila aku nak akan ku tatang macam minyak Ron95
Mungkin sebab itu juga Tuhan tak kasi aku jadi semua itu
Sebab aku jadi angkuh dan takbur ya..
Jadi aku putuskan
Biarkan aku menjadi yang sekarang
Biarkan aku menjadi engineer
Dan biarkan aku di bumi Sudan ini
Sebab aku ini manusia bersyukur
Bulan puasa ini aku harap kita semua menjadi manusia berguna
Dan melebihkan ke arah kebaikan
Dan lupakan semua umpatan
Baca al-quran untuk tenangkan jiwa
Sembahyang terawikh untuk mendapat lebih keberkatan Ramadhan
Mak di rumah, sila jangan masak yang terlalu sedap
Sebab saya tiada
Simpan buah mata kucing depan rumah untuk saya
Nanti balik saya nak makan
Lagi tujuh belas hari lagi…
Selamat Hari Raya Aidilfitri wahai Umat Islam Sedunia!!!
Agak-agak kalau aku anta puisi ini untuk Salam Perantauan okey tak? Okey tak wei?
1 nosy parker:
oh ni ke kau ckp td tu. aku rase comel gile. plg cute part buah mata kucing dan jgn masak sedap sgt tu. haha. mama aku suke kaver menu die masak for fear ktorang akan nages. hahahahah. oh mari menuju ke hadapan, anak bangsa!
Post a Comment