RSS

buruk siku buruk lutut hitam

tahu tak dalam dunia banyak sgt jenis manusia. betol. kalau tak percaya cube u tengok sekeliling. banyak je jenis ragam manusia. tapi kat sini, i macam nak cakap pasal perihal manusia yang dalam segelintir kumpulan ini.

1) manusia yang berkata duit bukan segala-galanya - dihantar u bekeja di negara-negara "maju" untuk menimba pengalaman. ye la betol la tu. i pon tak ingin nak nafi. tapi rasa-rasa nya cukuplah sekadar pengalaman itu untuk menjadikan u ada x-factor bukan yang kumpulan danny si jambu itu ok. tapi u ada extra effect yang pekerja-pekerja local tak dapat. iaitu bekerja dengan manusia yang sgt bebeza dari segi adat resam dan budaya. dan dengan itu, maka wajiblah allowance u boleh ditarik balik. sebab u dihantar bekerja di negara asing untuk bekeja dan bukan mengumpul duit dan beli rumah sebiji di kajang. kan. so, kalau satu hari, u dapat package untuk bekerja dan allowance u adalah "once in life time experience" u jangan terkujat beruk pula. ini betol akan terjadi.

2) manusia yang kata perlu mengikut keadaan semasa atau lebey glamer "be flexible"- manusia ini akan cuba mengimplementasi dan cuba mengubah keadaan seseorang mengikut tempat dan masa. so, semua orang perlu menjadi flexible seperti dia. seperti contoh, u takkan dapat gaji u dalam RM lagi. semua nya akan di tukarkan kepada matawang di keadaan semasa. jadi kalau yang kerja di vietnam itu, siap sedialah untuk menjadikan seguni duit gaji sebulan u sebagai alas kepala. memang enak dibuai mimpi terus.

3) manusia yang kata semua ini milik mereka, maka harus dipulangkan - bonus itu milik yang empunya, jadi perlu dipulangkan semula. dan di roll out sebagai modal kompeni. jadi at the end, takde pon bonus untuk u. points yang u kumpul untuk semua airlines yang u naik itu milik syarikat. itu juga harus dipulangkan balik. jadi kesimpulan jangan jadi ahli skywards supaya u takde point dikumpul dan takde menda nak dipulangkan balik yes padan muka mereka.dengki dengki.

ini baru suku dari apa yang i dengar. dan yang i learnt. tapi ada lagi yang i malas nak tulis sebab i rasa macam mengumpat. tapi ada sesetengah benda yang i rasa tak patut mereka ungkit dan tarik balik. if that the case, how are we supposed to be global champion? kalau dah dihantar bekerja overseas je 1001 menda diungkit? kan kan? then at the end takde sapa pn nak bekerja di overseas dan padan muka sume operations tak bergerak lepastu bangkrup takda dah nak byr 57% to the nation.

ya ALLAH berilah petunjuk kepada mereka. AMIN. ini perihal orang dewasa, budak budak tak paham sila pergi isap botol susu ok fuh terasa i matured gila la.


1 nosy parker:

Unknown said...

oh mannnn. kampeni ape yg kau keje ni uji??? (chewah buat2 tanya pulak)

:P

Post a Comment