RSS

malam aneh

sesuatu telah berlaku.bau yang tidak harum telah semerbak ke sekitar rumah. aku cuba hidu. adakah ini kerna tingkap ditutp rapi selama 3 hari?oh tidak mungkin. ok aku mulakan spring cleaning rumah. ku capai penyapu. ku sapu sekitar rumah. nyamuk,lebah,kelkatu dan segala bangkai binatang telah habis lenyap dari lantai mozek ku. ku buka tingkap seluas-luasnya. tetapi bau semerbak tadi masih lagi meresap ke dalam hidungku. ahh ini tidak boleh jadi.

aku spin segera mesin basuhku. mungkin baju yang telah direndam semalaman ni sudah berbau, benak hati kecil ku. tanpa membuang masa, ku cuci segala pinggan yang telah dihumban secara rajin oleh abangku. ye abang terima kasih, jasamu tetap ku kenang. ahh bau itu. aku masih lagi tercari-cari.

tong sampah? tidak mungkin. tiada seekor ulat pun, bahkan aku buang sampah hari-hari. tapi bau itu tidak sehingga ke ruang dapur emakku. hanya setakat berlegar di ruang tamu. ku capai air freshner kunun-kunun ingin membuang bau itu. tetapi harapan sahaja yang aku dapat. tidak!! bau itu masih melekat.

ku capai penyapu sekali lagi, dan meyapu ruang yang tak hingat nye besar di luar rumah. ohh baru ku teringat. "anak-anak" kecil abah! apa sudah jadi? dah 2 malam aku tidak melawat mereka di luar rumah. sambil bawa torch light ku berlari anak ke zoo abah ku.

aku sedikit pelik. mereka buas. ku suluh. terkinja-kinja mereka cuba mendapatkan ku. ah aku tidak mengisi makanan mereka rupanya. kesian mereka kelaparan. segera ku ambil makanan kegemaran mereka dan ku isi kembali ruang2 yang telah kosong. eh tapi itu apa? semut berkerumun? haaa? darah di sekitar tiang kayu????? pendarahan di tengkok????

siapa punya angkara??

aku dan abang kurang pasti. tapi yang penting malam ini kami telah kapankan dia. dibaluti pembalut yang enak. semoga damai engkau di sana. 

sekarang tertakluk kepada engkau pula untuk terus menyambung kehidupan. tetapi bagaimana kau juga dapat pendarahan di tengkok? dan  mengapa engkau2 yang di atas ini diam sahaja?tidak berterbangan bebas seperti sediakala?

seperti tidak kena. aku yakin ada sesuatu yang berlaku di antara mereka. 

aku mesti mencari penyelesaianya. bermulanya malam ini, akan ku kumpul bukti2 sahih untuk menentang mereka yang buas. burung puyuh, damai lah engkau di sana!!! akan ku tegakkan keadilan demi kau pak yuh!!!


(aku suspek cik nab cik nab tu sume yang telah mengancam nyawa pak yuh itu. tapi cik nab bukannya karnivor kan? konfius konfius!!)


1 nosy parker:

ada. said...

hahhahhaha. lawak giler entry nih tang anak-anak abah yang tak boleh blah. huhu.

Post a Comment